[TERKINI] Polis Tahan Pengasas eHati dan Suami Susulan Dakwaan Program Motivasi Rumah Tangga Songsang – Ikuti Perkembangan Di Sini
DUNIA

New Jersey isytihar darurat susulan hujan lebat dan banjir kilat

Astro Awani 15/07/2025 | 06:00 MYT
Lebih enam inci hujan direkodkan, menyebabkan jalan raya ditenggelami air, kenderaan terkandas, penerbangan terganggu dan pokok tumbang di beberapa kawasan. -Foto media sosial
TRENTON: Gabenor New Jersey, Phil Murphy, mengisytiharkan darurat di seluruh negeri lewat malam Isnin selepas hujan lebat berterusan menyebabkan banjir kilat dan menenggelamkan sebahagian besar laluan utama termasuk New Jersey Turnpike.


Ringkasan AI
  • Gabenor New Jersey, Phil Murphy, mengisytiharkan darurat selepas hujan lebat menyebabkan banjir kilat dan menenggelamkan laluan utama termasuk New Jersey Turnpike.
  • Lebih enam inci hujan direkodkan, menyebabkan jalan raya ditenggelami air, kenderaan terkandas, penerbangan terganggu dan pokok tumbang di beberapa kawasan.
  • Aset Pengawal Negara telah diaktifkan dan penduduk dinasihatkan agar tidak keluar rumah, sementara pihak berkuasa terus menilai kesan dan memantau cuaca susulan dalam tempoh 24 jam.


An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Menurut Institut Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan Amerika Syarikat (NWS), lebih enam inci hujan direkodkan di New Jersey tengah sehingga jam 8 malam waktu tempatan, sekali gus mencetuskan amaran banjir kilat di beberapa daerah.

Laluan dalam dan luar Turnpike berhampiran Exit 12 di Linden dilaporkan ditenggelami air sepenuhnya, lapor media tempatan.

Jalan raya di Scotch Plains dan Plainfield turut dinaiki air, menyebabkan kenderaan terkandas dan memaksa pihak berkuasa menggunakan kenderaan air tinggi untuk melaksanakan operasi menyelamat.

Beberapa penerbangan di lapangan terbang utama dilaporkan mengalami kelewatan, manakala pokok tumbang menghalang laluan di kawasan pedalaman.

Sistem ribut yang sama turut menjejaskan wilayah berdekatan seperti Cross Island Parkway di Queens, New York, di mana pasukan kecemasan berjaya menyelamatkan beberapa pemandu dari kenderaan yang ditenggelami air.

Berikutan pengisytiharan darurat tersebut, Gabenor Murphy telah mengaktifkan aset Pengawal Negara serta mempercepatkan akses kepada bantuan persekutuan.

Penduduk dinasihat tidak keluar rumah, mematuhi arahan keselamatan, dan mengelak daripada meredah banjir.

Pihak berkuasa tempatan sedang menilai kesan penuh kejadian serta memantau cuaca susulan yang dijangka berterusan dalam tempoh 24 jam.










#banjir kilat #isytihar darurat #hujan lebat #New Jersey Turnpike