DUNIA
New York dilanda salji tebal, ribuan perjalanan terganggu
Orang ramai merebut peluang bermain salji di Central Park, New York City pada Sabtu. - Gambar Reuters
NEW YORK: New York menyaksikan salji paling lebat dalam tempoh hampir empat tahun selepas ribut musim sejuk melanda sebahagian wilayah timur laut Amerika Syarikat.
Taman riadah popular, Central Park di New York City merekodkan salji setebal 11 sentimeter (4.3 inci), tertinggi sejak Januari 2022, manakala beberapa kawasan lain di negeri itu menerima sehingga 19 sentimeter (7.5 inci), menurut Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan (NWS).
Gabenor New York, Kathy Hochul, mengisytiharkan darurat di lebih separuh daerah negeri berkenaan menjelang ketibaan ribut.
Pada Sabtu, hampir 700 penerbangan domestik dibatalkan – kebanyakannya di kawasan New York – sementara lebih 3,000 penerbangan ditangguhkan di seluruh negara, menurut laman penjejakan FlightAware.
Sehingga awal pagi Sabtu, salji setebal antara 15 hingga 25 sentimeter (6-10 inci) dilaporkan dari Syracuse di tengah New York hingga Long Island di tenggara negeri itu.
Salji tebal turut direkodkan di negeri jiran, New Jersey, yang turut mengisytiharkan darurat serta di Connecticut, dengan Fairfield County menerima salji setebal 23 sentimeter (9.1 inci).
Walaupun ribut berakhir pada pagi Sabtu, suhu kekal di bawah paras beku dan keadaan jalan raya berbahaya.
NWS memberi amaran salji yang mencair boleh menyebabkan pembentukan ais hitam di jalan dan jambatan.
Kerajaan negeri turut mengaktifkan “kod biru” bagi membawa golongan gelandangan ke tempat perlindungan daripada cuaca sejuk.
Sementara itu, di sebelah barat negara, California sedang menanggung kesan selepas ribut musim sejuk terburuk dalam ingatan penduduk menimbus kenderaan dalam aliran lumpur. - Agensi