DUNIA
New York mungkin tidak lagi sesuai jadi tuan rumah ibu pejabat PBB - Presiden Colombia
Pada Jumaat, Petro (dua, kanan) menyertai demonstrasi pro-Palestin di luar ibu pejabat PBB di New York. Beliau kelihatan turut diiringi pemuzik Roger Waters (kanan). REUTERS
BOGOTA: Presiden Colombia Gustavo Petro pada Sabtu berkata keputusan Amerika Syarikat (AS) membatalkan visanya menggariskan bahawa New York mungkin tidak lagi sesuai menjadi tuan rumah bagi ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), lapor Xinhua.
Petro berkata keputusan AS itu telah melanggar prinsip kekebalan yang menjadi asas kepada PBB, sambil menyeru supaya undang-undang antarabangsa dihormati.
Pada Jumaat, Petro menyertai demonstrasi pro-Palestin di luar ibu pejabat PBB di New York, dan beliau menggesa askar AS supaya tidak menghalakan senjata mereka terhadap kemanusiaan.
"Ingkari arahan Trump! Patuhilah arahan kemanusiaan!" katanya.
Sebagai tindak balas, Jabatan Negara AS pada hari sama mengumumkan di media sosial bahawa "kami akan membatalkan visa Petro kerana tindakannya yang melulu dan menghasut."
Pada Sabtu, Petro menulis di media sosial bahawa beliau tidak lagi memiliki visa AS, sambil menambah "saya tidak peduli."
"Terdapat kekebalan penuh bagi presiden yang menghadiri Perhimpunan (Agung PBB)," tulisnya di X.
Presiden Colombia itu turut mengkritik Washington kerana menghalang wakil Palestin daripada menghadiri Perhimpunan Agung PBB, dan sekali lagi menggesa masyarakat antarabangsa menghentikan bencana kemanusiaan di Gaza.
"Menafikan kemasukan kepada Pihak Berkuasa Palestin dan membatalkan visa saya kerana meminta tentera AS dan Israel agar tidak menyokong genosid -- yang merupakan jenayah terhadap seluruh kemanusiaan -- membuktikan kerajaan AS tidak lagi mematuhi undang-undang antarabangsa," katanya.
Petro turut menggesa Presiden AS Donald Trump supaya mempertimbangkan semula sokongannya terhadap tindakan ketenteraan Israel di Gaza, dengan menegaskan bahawa Amerika Syarikat tidak akan mencapai keagungan "dengan membunuh bayi yang tidak berdaya."
-- BERNAMA