awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
AS tidak akan mentadbir Venezuela, tetapi akan beri tekanan perubahan melalui sekatan minyak
Mayat jurulatih bola sepak Sepanyol ditemukan selepas tragedi kapal di Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

New York tawar jawatan kosong 'czar tikus'

Sinar Harian
Sinar Harian
04/12/2022
21:30 MYT
New York tawar jawatan kosong 'czar tikus'
New York dikatakan bergelut untuk mengawal populasi tikus selama beberapa generasi. - Gambar hiasan
NEW YORK: Kota metropolitan New York, Amerika Syarikat (AS) mengiklankan 'jawatan kosong' pembunuh tikus yang menjadi masalah utama bandar raya berkenaan.
Pejabat Datuk Bandar, Eric Adam turut menetapkan kriteria yang akan mengetuai operasi memerangi haiwan perosak tersebut yang akan memegang jawatan sebagai 'Pengarah Mitigasi Tikus' atau 'czar tikus' dengan gaji tahunan mencecah antara AS$120,000 (RM526,500) dan AS$170,000 (RM746,000).
"Calon yang ideal adalah mereka yang bermotivasi tinggi dan 'dahagakan darah' serta berusaha mencari jalan penyelesaian dari pelbagai sudut termasuk meningkatkan kecekapan operasi, pengumpulan data, inovasi teknologi dan pengurusan sampah," menurut iklan tersebut.
New York dikatakan bergelut untuk mengawal populasi tikus selama beberapa generasi selepas haiwan perosak itu semakin 'bermaharajalela' dan membanjiri taman serta laluan utama di bandar raya berkenaan.
Sehingga Oktober lalu, jabatan sanitasi kota metropolitan itu telah melaporkan lebih 21,600 aduan tentang tikus yang merupakan peningkatan drastik berbanding sebelum pandemik COVID-19 bermula.
Masalah haiwan perosak itu menyebabkan New York berada di tangga kedua mempunyai populasi tikus paling tinggi di belakang Chicago yang berada di kedudukan teratas untuk tempoh lapan tahun berturut-turut. - Sinar Harian/Agensi
Topic Berkaitan
#tikus
#jawatan kosong
#pembunuh tikus
#Eric Adam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan