awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

New Zealand beri amaran tentang produk tenusu yang tercemar

AFP
AFP
03/08/2013
14:48 MYT
New Zealand beri amaran tentang produk tenusu yang tercemar
New Zealand telah memberi amaran kepada pihak berkuasa kesihatan tentang produk-produk tenusu yang diimport termasuk formula susu bayi, kerana ia mengandungi sejenis bakteria yang boleh membawa kepada botulisme dan menyebabkan kematian.
Kerajaan New Zealand berkata pati protein tercemar atau produk yang menggunakan ramuan berkenaan telah dieksport ke Australia, China, Malaysia, Arab Saudi, Thailand dan Vietnam.
Syarikat Fonterra yang menghasilkan produk-produk tersebut lebih setahun lalu, berkata lapan pengguna telah dinasihati untuk menyiasat sama ada produk tenusu yang mereka gunakan memberikan kesan sampingan dalam kehidupan mereka.
Sekiranya diperlukan, produk yang tercemar itu akan ditarik balik daripada pasaran, kata Fonterra dalam satu kenyataan.
Menteri Perdagangan New Zealand, Tim Groser berkata pertubuhan kesihatan di seluruh dunia, termasuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), telah dimaklumkan mengenai pencemaran berkenaan.
"Sebaik sahaja pihak berkuasa New Zealand memaklumkan mengenai risiko berkenaan, kami telah bertindak dengan memaklumkan kepada pihak berkuasa yang terlibat di seluruh dunia," kata Groser.
"Kami difahamkan pasaran bahan protein tercemar atau produk yang menggunakan bahan tersebut telah dieksport ke Australia, China, Malaysia, Arab Saudi, Thailand dan Vietnam."
Syarikat berkenaan berkata produk yang terjejas digunakan dalam bahan minuman termasuk susu formula bayi dan minuman isotonik.
Topic Berkaitan
#Bakteria
#botulisme
#New Zealand
#tenusu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan