New Zealand umum 29 Mac hari memperingati mangsa serangan pengganas

Astro Awani
Mac 24, 2019 15:28 MYT
New Zealand mengumumkan 29 Mac sebagai Hari Peringatan Negara bagi memperingati mangsa serangan di dua masjid di Christchurch. -Gambar fail
New Zealand mengumumkan 29 Mac sebagai Hari Peringatan Negara bagi memperingati mangsa serangan di dua masjid di Christchurch.
Upacara antara agama itu akan diadakan di Christchurch dua minggu selepas serangan yang mengakibatkan 50 jemaah terkorban selain mencederakan 49 yang lain.
Menurut kenyataan pejabat perdana menteri New Zealand, hari peringatan negara itu memberi peluang kepada rakyat New Zealand khususnya penduduk Christchurch serta masyarakat dunia bersatu menghormati mangsa serangan pengganas.
#50 jemaah terkorban #Christchurch #Hari Peringatan Negara #memperingati mangsa serangan #New Zealand #serangan pengganas