Musim sejuk melampau yang kini melanda Eropah dan Amerika masih menjadi bahan bualan dan perkongsian di kebanyakan platform media sosial.

Keajaiban musim sejuk kali ini telah menyebabkan air terjun ikonik Niagara Falls turut mula membeku.

Video yang dirakamkan pada isnin menunjukkan air terjun yang berada di antara wilayah Ontario Kanada dengan New York, Amerika Syarikat tampak penuh.

Seakan ada awan putih mengiringi aliran deras air terjun berkenaan.

Pokok dan tumbuhan di sekeliling pula membeku bagai dibungkus rapi.

Diafahamkan, dasar sungai berkenaan turut mula membeku akibat suhu yang terus menjunam.