Niat kahwin dengan teman wanita, lelaki upah orang bunuh isteri

Agensi
April 19, 2018 09:28 MYT
Empat suspek ditahan bagi membantu siasatan terhadap kes pembunuhan Suriati. - Foto www.tribunnews.com
Seorang suami sanggup berpakat dengan teman wanitanya untuk mengupah orang dalam misi membunuh isteri sendiri.
Sujiati, 37 tahun, ditemui mati di rumahnya akibat terkena tembakan pembunuh upahan suami sebanyak dua kali pada 12 April lalu.
Pembunuh upahan yang tidak didedahkan namanya, meminta bantuan seorang lagi rakan yang merupakan seorang buruh bangunan dalam misi membunuh Sujiati.
Rakannya ini dikatakan sanggup membantu kerana dijanjikan wang berjumlah RM300 (Rp 1 juta) beserta hiasan yang dipakai Sujiati sebagai ganjaran.
Semasa kejadian, suspek memasuki kediaman mangsa ketika ketiadaan suami melalui pintu belakang dan terus menuju ke bilik dan menembak si isteri yang sedang tidur.
Anak perempuan mangsa, Reni Septiani, 14 tahun secara kebetulan menyaksikan kejadian ini selepas terdengar bunyi tembakan kuat yang datang dari arah bilik berkenaan lantas berlari keluar dari rumah sambil menjerit meminta bantuan.
Sujiati ditemui mati dengan dua das tembakan yang terkena pada bahagian kepala dan punggungnya, lapor Tribunnews.com.
Kedua-dua suspek berjaya melarikan diri dan pulang ke rumah mereka di Mandiangin.
Namun mereka akhirnya ditahan di lokasi tersebut pada Selasa sehari selepas penangkapan suami Sujiati di Lubuk Madrasah Tengah Ilir setelah disoal siasat.
Bagaimanapun, teman wanita lelaki itu juga ditahan.
Hubungan sulit antara suami mangsa dengan teman wanitanya terjalin sejak dua tahun lalu.
#bunuh #isteri #pembunuhan upahan #Sumatera #teman wanita #tembakan #wanita