DUNIA
Nigeria bunuh 40 pengganas Boko Haram dalam operasi udara
Pegawai polis Nigeria berkawal di luar sebuah masjid sehari selepas letupan terjadi di kawasan itu, berhampiran Pasar Gamboru, Maiduguri, Negeri Borno, Nigeria, 25 Dis 2025. - Gambar fail/REUTERS
ABUJA (Nigeria)/ISTANBUL: Tentera Nigeria membunuh sekurang-kurangnya 40 lagi pengganas Boko Haram dalam operasi udara selama dua hari pada awal minggu ini di negeri Borno, timur laut negara itu, menurut Tentera Udara Nigeria pada Ahad, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Jurucakap Tentera Udara Nigeria Ehimen Ejodame berkata dalam satu kenyataan bertulis bahawa pihak tentera melancarkan serangan udara terhadap sasaran Boko Haram pada Khamis dan Jumaat.
Ejodame berkata 40 pengganas terbunuh, manakala yang lain cedera dalam operasi tersebut.
Nigeria berdepan serangan Boko Haram dan kumpulan yang serupa sejak 2009, yang mengorbankan puluhan ribu nyawa serta menyebabkan ramai penduduk kehilangan tempat tinggal di seluruh negara Afrika Barat itu dan negara jiran Cameroon, Chad, dan Niger.
-- BERNAMA