awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Ketua Hezbollah nyatakan sokongan terhadap Iran
DUNIA
Trump beri masa dua minggu lagi sebelum buat keputusan serang Iran
DUNIA
Majid Khademi dilantik Ketua Perisikan baharu IRGC ganti Kazemi yang terkorban
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

INTERNATIONAL

Nigeria: Sekurang-kurangnya 10 maut dalam insiden rempuhan di gereja

Bernama
Bernama
21/12/2024
20:15 MYT
Nigeria: Sekurang-kurangnya 10 maut dalam insiden rempuhan di gereja
Sekurang-kurangnya 10 maut dalam insiden rempuhan semasa pengagihan barangan bantuan di sebuah gereja di daerah Maitama, Abuja, Nigeria, pada Sabtu. - Gambar hiasan
ABUJA: Sekurang-kurangnya 10 orang, termasuk kanak-kanak maut dalam insiden rempuhan semasa pengagihan barangan bantuan di sebuah gereja tempatan di daerah Maitama, Abuja, ibu negara Nigeria, pada Sabtu, menurut pihak berkuasa tempatan, lapor Xinhua.
Seorang pegawai gereja berkata sejumlah individu turut cedera apabila pengagihan barangan bantuan, termasuk makanan dan pakaian menjelang sambutan Krismas, bertukar menjadi huru-hara pada pagi Sabtu di Gereja Katolik Holy Trinity di Maitama.
Jurucakap Sekretariat Katolik Nigeria Padre Mike Nsikak Umoh berkata acara itu menarik lebih 3,000 orang dari kampung berdekatan dan kawasan berpendapatan rendah.
Menurut beliau, berikutan "insiden tragis" itu, pengagihan bantuan dihentikan.
Sementara itu, pasukan keselamatan termasuk polis rahsia dan anggota tentera dikerahkan untuk mengawal keadaan, menyuraikan orang ramai, dan memastikan kawasan kejadian selamat.
Setakat ini, kerajaan mahupun agensi keselamatan belum memberikan sebarang kenyataan berhubung tragedi itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Nigeria
#gereja
#bantuan Krismas
#rempuhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami