DUNIA
Nikita Mirzani dihukum penjara empat tahun kerana kes pemerasan
Nikita terbukti melakukan pemerasan melalui penyebaran maklumat elektronik dengan niat menguntungkan diri sendiri serta secara salah dan ancaman mencemarkan nama baik orang lain. - Gambar/ IG nikitamirzanimawardi_172
ARTIS kontroversi Indonesia, Nikita Mirzani, dijatuhi hukuman penjara selama empat tahun dan denda sebanyak Rp1 bilion (RM254,000) oleh Mahkamah Negeri Jakarta Selatan selepas didapati bersalah dalam kes pemerasan terhadap doktor kecantikan Reza Gladys.
Ringkasan AI
Dalam keputusan yang dibacakan pada Selasa, mahkamah memutuskan Nikita terbukti melakukan pemerasan melalui penyebaran maklumat elektronik dengan niat menguntungkan diri sendiri secara salah dan mencemarkan nama baik orang lain.
Media tempatan melaporkan, dia disabitkan kesalahan di bawah Pasal 45 (10)(A) Pasal 27B (2) Undang-Undang Informasi dan Transaksi Elektronik (UU ITE).
Hakim menetapkan bahawa jika gagal membayar denda, ia akan digantikan dengan hukuman penjara selama tiga bulan.
Nikita bagaimanapun dibebaskan daripada satu lagi pertuduhan berkaitan pengubahan wang haram.
Hukuman yang dijatuhkan adalah lebih ringan berbanding tuntutan asal oleh pihak pendakwa raya yang menuntut hukuman penjara selama 11 tahun dan denda Rp2 bilion.
Pendakwa menyatakan bahawa perbuatan Nikita bukan sahaja merugikan mangsa tetapi turut menimbulkan keresahan awam serta menunjukkan sikap tidak bekerjasama sepanjang proses perbicaraan.
Mahkamah menetapkan bahawa tempoh penahanan yang telah dijalani oleh Nikita akan ditolak daripada hukuman yang dijatuhkan.
Ringkasan AI
- Nikita Mirzani dijatuhi hukuman penjara empat tahun dan denda Rp1 bilion oleh Mahkamah Negeri Jakarta Selatan selepas didapati bersalah melakukan pemerasan terhadap doktor kecantikan Reza Gladys melalui penyebaran maklumat elektronik.
- Dia disabitkan kesalahan di bawah Pasal 45(10)(A) dan Pasal 27B(2) Undang-Undang Informasi dan Transaksi Elektronik (UU ITE), dan akan dikenakan hukuman penjara tambahan tiga bulan jika gagal membayar denda. Nikita dibebaskan daripada dakwaan pengubahan wang haram.
- Hukuman yang dijatuhkan lebih ringan berbanding tuntutan asal pendakwa raya yang menuntut 11 tahun penjara dan denda Rp2 bilion. Mahkamah turut menetapkan tempoh penahanan terdahulu akan ditolak daripada hukuman, sementara Nikita menunggu keputusan rayuan.