awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nintendo tangguh tarikh pra-tempahan konsol permainan Switch 2 di AS susulan tarif

Bernama
Bernama
05/04/2025
13:00 MYT
Nintendo tangguh tarikh pra-tempahan konsol permainan Switch 2 di AS susulan tarif
Nintendo pada asalnya merancang untuk membuka pra-tempahan konsol baharu itu pada 9 April, namun tarikh berkenaan telah ditangguhkan. - Foto REUTERS/Kim Kyung-Hoon
TOKYO: Syarikat permainan video Jepun, Nintendo menangguhkan tarikh mula pra-tempahan bagi konsol permainan terbaharu, Nintendo Switch 2 di Amerika Syarikat (AS) susulan pelaksanaan tarif ke atas barangan import oleh pentadbiran AS, lapor Sputnik/RIA Novosti memetik penyiar NHK pada Sabtu.
Nintendo pada asalnya merancang untuk membuka pra-tempahan konsol baharu itu pada 9 April, namun tarikh berkenaan telah ditangguhkan.
Menurut syarikat itu, keputusan berkenaan dibuat kerana Nintendo memerlukan masa untuk menilai potensi impak tarif serta keadaan pasaran yang sedang berubah, menurut NHK.
Tarikh baharu bagi pra-tempahan itu akan diumumkan kemudian, kata penyiar itu lagi.
Pada Rabu, Presiden AS Donald Trump menandatangani perintah eksekutif bagi mengenakan tarif asas 10 peratus ke atas semua import ke AS bermula 5 April, manakala tarif timbal balik yang lebih tinggi terhadap negara dan wilayah yang mencatatkan defisit perdagangan terbesar dengan AS akan berkuat kuasa pada 9 April.
Beberapa negara telah pun mengumumkan hasrat mereka untuk bertindak balas terhadap kenaikan tarif itu. China, misalnya, berkata ia akan mengenakan tarif sebanyak 34 peratus ke atas semua import dari AS bermula 10 April.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Nintendo
#Switch 2
#tangguh pra-tempahan
#tarif AS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan