LONDON: Nombor telefon bimbit peribadi Perdana Menteri Britain Liz Truss dan ahli politik lain dilaporkan dijual menerusi laman sesawang, lapor media tempatan pada Ahad.
Sebuah laman sesawang yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), mengenakan bayaran GBP6.49 (US$7.2) untuk akses selama seminggu, ke pangkalan data nombor telefon hasil pelanggaran data dan serangan siber sebelum ini, lapor Agensi Anadolu.
Seorang wartawan dari Mail pada Ahad menemui nombor peribadi yang didakwa milik perdana menteri itu, dan selepas menambah nombor terbabit ke aplikasi WhatsApp, satu gambar profil perdana menteri ketika Krismas lalu terpapar di skrin.
Di samping perdana menteri, nombor telefon peribadi didakwa milik 25 anggota Kabinet lain juga turut tersenarai, termasuk Kwasi Kwarteng, menteri kewangan; Ben Wallace, setiausaha pertahanan; dan James Cleverly, setiausaha asing.
Jurucakap kerajaan memaklumkan pihaknya mengambil serius berkenaan keselamatan siber dan agensi seperti Pusat Keselamatan Siber Kebangsaan bertindak membantu pemilik perniagaan dan individu-individu melindungi maklumat peribadi mereka daripada ancaman siber.
"Walaupun kami tidak mengulas mengenai insiden tertentu, kerajaan sedar bahawa laman sesawang yang wujud itu mengumpulkan butiran hasil pelanggaran terhadap data sejarah, oleh itu kebanyakan data di laman sesawang ini data lama dan tidak tepat.
"Menteri-menteri menerima taklimat dan nasihat keselamatan secara tetap, termasuk nasihat tentang melindungi data peribadi mereka demi mengurangkan ancaman siber," menurut jurucakap kerajaan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 03 2022
Seorang wartawan dari Mail pada Ahad menemui nombor peribadi yang didakwa milik perdana menteri itu. - Gambar fail/ AP
Video konvoi tentera Rusia di lebuh raya Syria tular
Rakaman video konvoi besar kenderaan tentera Rusia dengan sebahagiannya membawa bendera negara itu menuju ke utara Syria tular di media sosial.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Nombor telefon peribadi PM UK dijual dalam talian - Laporan
Nombor telefon bimbit peribadi Perdana Menteri Britain Liz Truss dan ahli politik lain dilaporkan dijual menerusi laman sesawang, lapor media tempatan pada Ahad.