OSLO: Upacara peringatan diadakan di gereja-gereja di seluruh Norway pada Ahad bagi memperingati Raja Harald V yang mangkat pada Jumaat pada usia 89 tahun, manakala Istana Diraja Norway mengumumkan istiadat pemakaman akan berlangsung pada 9 Sept, lapor Xinhua.
Puluhan ribu rakyat beratur di katedral dan gereja di seluruh negara untuk memberikan penghormatan terakhir kepada baginda.
Ramai turut meletakkan bunga, lilin dan kad di luar Istana Diraja di Oslo.
Mengikut aturan pewarisan takhta Norway, putera baginda yang berusia 53 tahun serta-merta menaiki takhta dengan menggunakan nama pemerintahan Haakon VIII.
-- BERNAMA-XINHUA