DUNIA
  
            Norway umum rombakan Kabinet, Menteri Luar digugurkan
Norway mengumumkan rombakan kabinet pada Isnin, dengan enam menteri ditukar, termasuk Menteri Luar Anniken Huitfeldt (kanan). - Gambar fail/REUTERS
            
      MOSCOW: Norway mengumumkan rombakan kabinet pada Isnin, dengan enam menteri ditukar, termasuk Menteri Luar Anniken Huitfeldt, lapor Sputnik, memetik kenyataan kerajaan.
Menurut kenyataan itu, kerajaan memutuskan untuk menggugurkan Anniken Huitfeldt.
Beliau akan digantikan oleh Espen Barth Eide yang sebelum ini menerajui Kementerian Iklim dan Alam Sekitar.
Huitfeldt dalam ucapannya berkata: "Terima kasih kepada semua rakan sekerja dan rakan kongsi di seluruh dunia yang telah bekerja bersamanya selama dua tahun lepas, serta mengucapkan selamat maju jaya kepada Barth Eide".
-- BERNAMA