[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
INTERNATIONAL

Nur Misuari bakal didakwa atas tuduhan keganasan

Astro Awani 27/09/2013 | 07:44 MYT
Pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) Nur Misuari bakal berdepan tuduhan pemberontakan dan perlanggaran Akta Republik 9851 atau Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa berhubung dengan kejadian pemberontakan di Zamboanga.
Berita ABS-CBN melaporkan bahawa Jabatan Kehakiman Filipina telah mengesahkan mengenai laporan itu.
Presiden Filipina Benigno Aquino III berkata bahawa kerajaan mempunyai saksi-saksi yang boleh membuktikan bahawa Misuari terlibat dalam serangan MNLF di Zamboanga yang berlarutan selama dua minggu.
#Filipina #Nur Misuari #Zamboanga