DUNIA
Nvidia hampir menjadi syarikat paling bernilai dalam sejarah dunia
Saham Nvidia juga telah melonjak lebih 68 peratus sejak kejatuhan penutupannya pada 4 April lalu. - Foto fail/Amanz
CALIFORNIA: Nvidia mencapai nilai pasaran mencecah AS$3.92 trilion pada Khamis, meletakkannya hampir menjadi syarikat paling bernilai dalam sejarah dunia, dipacu oleh keyakinan pasaran terhadap potensi kecerdasan buatan (AI).
Saham syarikat meningkat sebanyak 2.4 peratus kepada AS$160.98 pada awal dagangan, mengatasi nilai rekod penutupan Apple sebanyak AS$3.915 trilion yang dicapai pada 26 Disember 2024.
Namun, ia ditutup pada AS$159.60 dengan nilai pasaran AS$3.89 trilion, sedikit di bawah rekod tersebut.
Permintaan terhadap cip AI berprestasi tinggi daripada Nvidia melonjak seiring dengan perlumbaan syarikat gergasi teknologi seperti Microsoft, Amazon, Meta, Alphabet dan Tesla yang sedang membina pusat data AI dan bersaing dalam teknologi generatif.
Microsoft kini merupakan syarikat kedua paling bernilai di Wall Street dengan nilai pasaran AS$3.7 trilion, manakala Apple berada di tempat ketiga dengan AS$3.19 trilion.
“Apabila syarikat pertama mencecah nilai trilion dolar, itu sudah luar biasa. Kini kita bercakap tentang empat trilion dolar, ia benar-benar menakjubkan. Ia menunjukkan betapa besarnya gelombang perbelanjaan dalam AI dan semua orang sedang mengejarnya.” kata Joe Saluzzi, pengurus bersama dagangan di Themis Trading.
Sejak ditubuhkan pada tahun 1993 oleh Ketua Pegawai Eksekutif Jensen Huang, Nvidia telah berkembang daripada sebuah syarikat kecil popular dalam kalangan pemain permainan video kepada penanda aras utama Wall Street dalam industri AI.
Nilai pasaran syarikat kini melebihi gabungan keseluruhan pasaran saham Kanada dan Mexico, serta semua syarikat tersenarai di United Kingdom, menurut data LSEG.
Saham Nvidia juga telah melonjak lebih 68 peratus sejak kejatuhan penutupannya pada 4 April lalu, ketika pasaran terkesan oleh pengumuman tarif global oleh Presiden Donald Trump.