[TERKINI] Mesyuarat Khas Thailand–Kemboja Capai Gencatan Senjata Serta-Merta – Baca Laporan Penuh Di Sini
DUNIA

Obama desak tindakan segera cegah kebuluran di Gaza

Bernama 28/07/2025 | 06:10 MYT
Obama (foto) menggesa tindakan segera untuk mengelakkan kebuluran di Gaza, menekankan keperluan bantuan makanan dan air disalurkan tanpa sekatan kepada orang awam. -Gambar fail/Reuters
WASHINGTON: Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama menggesa tindakan segera diambil bagi mengelakkan kebuluran di Semenanjung Gaza, lapor Anadolu Ajansi.


Ringkasan AI
  • Bekas Presiden AS Barack Obama menggesa tindakan segera untuk mengelakkan kebuluran di Gaza, menekankan keperluan bantuan makanan dan air disalurkan tanpa sekatan kepada orang awam.
  • Israel mengumumkan rancangan menghentikan serangan secara setempat bagi membolehkan penghantaran bantuan melalui koridor selamat, susulan laporan kematian akibat kebuluran di Gaza.
  • Sekatan Israel sejak 18 tahun lalu dan penutupan lintasan sejak 2 Mac telah memburukkan krisis kemanusiaan, dengan keadaan penduduk Gaza semakin kritikal akibat kelaparan dan dehidrasi.


"Sementara penyelesaian jangka panjang terhadap krisis di Gaza perlu melibatkan pembebasan semua tawanan dan penghentian operasi ketenteraan Israel, artikel-artikel ini menekankan keperluan mendesak untuk bertindak segera bagi mengelakkan tragedi rakyat tidak berdosa mati akibat kebuluran yang boleh dicegah.

"Bantuan mesti dibenarkan sampai kepada penduduk Gaza. Tiada justifikasi untuk menyekat makanan dan air daripada orang awam," kata Obama menerusi hantaran di platform X pada Ahad, yang disertakan pautan kepada dua artikel The New York Times.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Israel pada Ahad mengumumkan rancangan menghentikan serangan buat sementara secara setempat bagi membolehkan penghantaran bantuan melalui koridor selamat, selepas ramai rakyat Palestin dilaporkan mati akibat kebuluran di wilayah terkepung itu.

Krisis kelaparan di Gaza kini berubah menjadi bencana kemanusiaan. Rakaman yang menyayat hati menunjukkan penduduk yang terlalu kurus, rebah akibat tiada lagi sisa tenaga, dehidrasi dan kebuluran berpanjangan.

Israel melaksanakan sekatan terhadap Gaza sejak 18 tahun lalu dan menutup sepenuhnya semua lintasan sejak 2 Mac, memburukkan lagi situasi kemanusiaan di wilayah itu.

-- BERNAMA



#Barack Obama #kebuluran di Gaza #bantuan makanan dan air #sekatan Israel