awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
JKDM Pulau Pinang serbu stor ladang sawit proses minuman keras
Menghampiri usia tujuh dekad, Lim masih teruja hias kampung sempena Tahun Baharu Cina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Obama mahu jumpa Jokowi di APEC

Astro Awani
Astro Awani
23/07/2014
23:57 MYT
Obama mahu jumpa Jokowi di APEC
JOKOWI: Saya sempat berbual dengan Obama menggunakan Bahasa Indonesia. -gambar fail
Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama menyatakan hasrat mahu mengadakan pertemuan dengan bakal Presiden Indonesia, Joko Widodo pada Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik yang akan berlangsung China pada September ini.
Obama menyampaikan hasratnya itu melalui telefon semasa menghubungi Jokowi untuk mengucapkan tahniah atas pemilihan beliau sebagai presiden baru republik itu, lapor Metro TV News.
"Dia (Obama) ucap selamat, terus katanya nanti ketemu di China," kata Jokowi di pejabatnya di Jakarta.
Jokowi setakat ini masih lagi Gabenor Jakarta dan hanya akan mengangkat sumpah jawatan sebagai presiden pada Oktober nanti. Sidang kemuncak APEC itu dijadual berlangsung pada September.
Jokowi juga mendedahkan beliau sempat berbual dengan Obama menggunakan Bahasa Indonesia.
"Ya, beliau tanya, apa khabar. Saya jawab pakai bahasa Jawa, hehehe," selorohnya.
Selain Obama, Jokowi juga dihubungi oleh beberapa pemimpin negara lain termasuk Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong; Perdana Menteri Australia, Tony Abbott; Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Jokowi tidak menjelaskan butiran perbualannya dengan para pemimpin itu tetapi mengakui mahu memperkukuhkan hubungan dua hala dengan negara-negara tersebut.
"Kita ingin memperkuat lagi hubungan antara Indonesia-Amerika, Indonesia-Australia, Indonesia-Singapura, kira-kira itu," kata Jokowi seperti dipetik oleh stesen televisyen itu.
Jokowi baka menjadi Presiden Republik Indonesia yang ke-7 bagi penggal 2014-2019.
Topic Berkaitan
#Barack Obama
#Indonesia
#Jokowi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan