DUNIA

#ObamaInKL: Reaksi bercampur sempena kedatangan Barack Obama

Kohilah Sekaran 20/11/2015 | 10:13 MYT
Rakyat Malaysia menyambut kedatangan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama melalui hashtag #ObamainKL.
Lawatan kedua Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama ke Malaysia menimbulkan beberapa persoalan penting berhubung agenda utama yang sedang hangat diperkatakan dalam negara.
Beliau dijadual akan menghadiri acara khas, US-Malaysia Bilateral Meeting yang akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak di ibu negara pada petang Jumaat.
Obama yang juga dirujuk dengan akronim POTUS (President of The United States) dalam media sosial, dilapor tiba dengan Air Force One di Lapangan Terbang TUDM, Subang, Selangor pada jam 3.45 petang selepas beliau menghadiri mesyuarat APEC (di Manila) yang berakhir pada Khamis.
Kedatangan Obama telah disambut meriah oleh pemimpin-pemimpin negara dan prosedur keselamatan ketat dikenakan di sekitar Kuala Lumpur sempena lawatan Obama dan ketua-ketua negara lain.
Antara pemimpin dunia lain yang terlibat dalam pertemuan di ibu negara ialah Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe dan Perdana Menteri India Narendra Modi.
Sementara itu, rakyat Malaysia menyambut kedatangan Obama menerusi hashtag #ObamainKL di media sosial.
Rata-rata netizen berkongsi rasa teruja mereka untuk menyambut Obama di Malaysia buat kali kedua dan ada antara mereka yang menyatakan hasrat untuk bertemu dengannya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Sementara itu, ada di kalangan netizen yang mengeluh berkenaan kesesakan jalan raya akibat kawalan keselamatan yang dipertingkat sempena menyambut kedatangan Obama.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Acara pertama, sesi town hall bersama Obama telahpun berakhir di Taylor's University, Petaling Jaya sekitar jam 6 petang.
Sekumpulan pemimpin belia dari seluruh ASEAN di bawah komuniti Young Southeast Asian Leaders Initiative berkumpul di situ untuk bertemu Presiden Obama.
Kali pertama Obama mengadakan lawatan rasmi ke Kuala Lumpur ialah pada 26 April, 2014.
Kemaskini LIPUTAN LANGSUNG sepanjang lawatan beliau boleh diikuti di sini: Lawatan kedua Obama ke Malaysia: Apa yang anda perlu tahu
#Amerika Syarikat #Malaysia #Obama #presiden