Skip to main content

Dunia

Objektif ketenteraan di Iran hampir selesai - Trump

U.S. President Donald Trump delivers an address to the nation about the Iran war at the White House in Washington, D.C., U.S. April 1, 2026. Alex Brandon/Pool via REUTERS
Trump berkata, AS berada di landasan untuk melaksanakan semua objektif ketenteraan Amerika dalam masa terdekat. - Gambar/ Reuters

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Rabu berkata AS kini hampir mencapai objektif ketenteraannya di Iran, lapor Anadolu Ajansi.

“Pada malam ini, saya dengan sukacitanya ingin menyatakan bahawa objektif teras strategik ini hampir selesai,” katanya ketika menyampaikan ucapan kepada negara mengenai Operasi Epic Fury.

Advertisement

Sepanjang empat minggu lepas, angkatan tentera AS telah mencatat “kemenangan pantas, tegas dan menyeluruh”, katanya.

Beliau berkata AS berada di landasan untuk melaksanakan semua objektif ketenteraan Amerika dalam masa terdekat.

“Kita akan hentam mereka habis-habisan. Dalam tempoh dua hingga tiga minggu akan datang. Kita akan kembalikan mereka ke Zaman Batu...,” katanya.

Ketegangan serantau semakin memuncak sejak 28 Feb, apabila AS dan Israel melancarkan serangan bersama ke atas Iran yang mengorbankan lebih 1,340 orang, termasuk Pemimpin Tertinggi Iran ketika itu, Ayatollah Ali Khamenei.

Iran bertindak balas dengan melancarkan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel serta negara-negara Teluk yang menempatkan aset ketenteraan AS.

Seramai 13 anggota perkhidmatan AS terbunuh, manakala kira-kira 303 lagi cedera sejak operasi bermula.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

 

Must Watch Video