DUNIA
OIC adakan mesyuarat tergempar susulan serangan Israel ke atas rakyat Palestin
OIC yang berpangkalan di Jeddah itu memaklumkan mesyuarat akan berlangsung di peringkat wakil tetap "mengenai pencerobohan berterusan Israel terhadap rakyat Palestin dan serangan ke atas tapak suci di wilayah Palestin yang diduduki.
ISTANBUL: Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) akan mengadakan mesyuarat tergempar pada Selasa bagi membincangkan serangan berterusan Israel terhadap rakyat Palestin, lapor Anadolu Ajansi.
Dalam satu kenyataan pada Isnin, pertubuhan yang berpangkalan di Jeddah itu memaklumkan mesyuarat akan berlangsung di peringkat wakil tetap "mengenai pencerobohan berterusan Israel terhadap rakyat Palestin dan serangan ke atas tapak suci di wilayah Palestin yang diduduki, khususnya Masjid Ibrahimi di Al-Khalil (Hebron)."
OIC menjelaskan mesyuarat ini diadakan di tengah-tengah krisis kemanusiaan yang tidak pernah berlaku sebelum ini di Semenanjung Gaza, susulan jenayah pembunuhan beramai-ramai, kebuluran dan pengusiran yang dilakukan secara berterusan oleh penjajah Israel, selain peningkatan serangan ke atas tempat ibadah."
Menurut agensi berita rasmi Wafa, Wakil Tetap Negara Palestin ke Liga Arab, Muhannad Al-Aklouk meminta supaya mesyuarat itu memberi tumpuan kepada pelanggaran berterusan Israel terhadap Palestin serta tempat suci mereka di Tebing Barat yang diduduki.
Sementara itu, sekurang-kurangnya 18 rakyat Palestin dilaporkan maut akibat kebuluran di Gaza dalam tempoh 24 jam yang lalu, menurut Kementerian Kesihatan, sekali gus menyerlahkan bencana kemanusiaan yang semakin parah.
Tentera Israel terus melancarkan serangan ganas ke atas Gaza sejak 7 Okt 2023, mengorbankan lebih 59,000 rakyat Palestin.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini