awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

OIC digesa tumpu noktahkan kemiskinan, pembangunan sosioekonomi saksama - Mohamad

Irfan Faruqi
Irfan Faruqi
05/05/2024
08:40 MYT
OIC digesa tumpu noktahkan kemiskinan, pembangunan sosioekonomi saksama - Mohamad
Mohamad (kiri) ketika menghadiri Majlis Pembukaan Sesi Ke-15 Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Banjul, Gambia. - Foto Facebook@Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) perlu memberi tumpuan kepada usaha menoktahkan kemiskinan dan pembangunan sosioekonomi demi mencapai Agenda Pembangunan Mampan 2030.
Oleh itu, Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan negara-negara anggota OIC mesti memperhebat kerjasama ekonomi dan perdagangan selari dengan Pelan Tindakan OIC 2016-2025.
“Dalam usaha memperkuat kerjasama ekonomi, Malaysia menganjurkan fasa pertama Persidangan Antarabangsa mengenai Ekonomi dan Kewangan Islam ke-15 pada Mac 2024 dengan tema ‘Memacu Agenda Kemampanan Ekonomi Manusiawi’.
“Fasa ketiga akan diteruskan dengan Forum Global mengenai Ekonomi dan Kewangan Islam pada 28 dan 29 Mei 2024 dengan tema ‘Membentuk Ketahanan Ekonomi Islam Global Melalui Reformasi Berasaskan Nilai’,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa menyampaikan Kenyataan Negara di Sesi ke-15 Sidang Kemuncak OIC pada Sabtu, di Gambia.
Menurut Mohamad, forum tersebut akan memberikan tumpuan kepada kepentingan ekonomi dan kewangan Islam sebagai solusi kepada pembangunan ekonomi yang berdaya tahan, mampan dan saksama.
Dalam kenyataan yang sama, Menteri Luar itu juga menggesa OIC meneruskan usaha membantu kumpulan Muslim minoriti dan komuniti yang berada di luar negara-negara anggota OIC termasuk etnik Rohingya demi mempertahan maruah, identiti dan kebajikan.
“Malaysia telah memainkan peranan dengan menganjurkan Seminar Antarabangsa OIC-IPHRC (Suruhanjaya Bebas Tetap Hak Asasi Manusia) ke-8: Perspektif Islam Mengenai Perlindungan Pelarian pada Oktober 2022.
“Seminar tersebut telah menghasilkan Deklarasi Kuala Lumpur mengenai Hak dan Akses kepada Pendidikan Untuk Pelarian, sebagai garis panduan kepada negara anggota OIC untuk menyedikan akses pendidikan kepada pelarian di negara masing-masing,” katanya lagi
Perpaduan negara Islam sedunia selesaikan isu sedunia
Topic Berkaitan
#Malaysia
#Mohamad Hasan
#oic
#ekonomi
#menoktahkan kemiskinan
#Agenda Pembangunan Mampan 2030
#Gambia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan