awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

OIC kecam pencabulan berterusan Israel ke atas Al-Aqsa

Bernama
Bernama
11/01/2023
11:11 MYT
OIC kecam pencabulan berterusan Israel ke atas Al-Aqsa
Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) pada Selasa mengecam pencabulan berterusan Israel ke atas Masjid Al-Aqsa dan menggesa usaha ke arah melindungi Al-Quds Al-Sharif. - Gambar fail/REUTERS
KUALA LUMPUR: Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) pada Selasa mengecam pencabulan berterusan Israel ke atas Masjid Al-Aqsa dan menggesa usaha ke arah melindungi Al-Quds Al-Sharif.
OIC dalam satu kenyataan memaklumkan mesyuarat itu diadakan di ibu pejabatnya di Jeddah dengan Arab Saudi bertindak sebagai penyelaras, dan selaku pengerusi Sidang Kemuncak Islam dan Jawatankuasa Eksekutif atas permintaan Palestin dan Jordan.
Menurut kenyataan itu, Setiausaha Agung OIC, Hissein Ibrahim Taha menegaskan bahawa tindakan Israel baru-baru ini mencetuskan provokasi terhadap perasaan umat Islam di seluruh dunia, serta melanggar undang-undang antarabangsa dan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Dalam ucapannya pada mesyuarat itu, beliau menegaskan bahawa pencabulan ini akan mencetuskan keganasan dan ketegangan serta menjejaskan kestabilan di rantau ini.
"Setiausaha Agung menggesa tindakan antarabangsa yang dapat memaksa Israel menghentikan pencabulan serius demi mengekalkan sejarah dan status quo Masjid Al-Aqsa sedia ada sebagai tempat ibadat umat Islam sahaja," menurut kenyataan itu.
Taha menjelaskan beliau menghubungi organisasi antarabangsa termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Kesatuan Eropah dan menyampaikan pendirian OIC dalam hal ini.
Beliau juga menggesa organisasi antarabangsa memberi tekanan kepada Israel supaya menghentikan pencabulan terhadap Masjid Al-Aqsa.
Mesyuarat itu diadakan berikutan lawatan Menteri Keselamatan Negara Israel yang baharu, Itamar Ben-Gvir ke kompleks Masjid Al-Aqsa pada 3 Jan, sehari selepas beliau mengumumkan penangguhan lawatan susulan amaran mengenai pergolakan.
Menteri Israel itu melawat perkarangan berkenaan di bawah perlindungan polis Israel, mencetuskan kecaman dari pelbagai negara di seluruh dunia termasuk Jordan, Turkiye, Amerika Syarikat, Arab Saudi dan Qatar.
Anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 5 Jan menyuarakan kebimbangan dan menekankan keperluan untuk mengekalkan status quo Masjid Al-Aqsa yang membenarkan hanya orang Islam beribadat di perkarangan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pertubuhan kerjasama islam
#oic
#Masjid Al-Aqsa
#kecam pencabulan israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan