awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026 jadi 'tahun pelaksanaan', fokus hasil nyata untuk rakyat - Akmal Nasrullah
Bintang ‘Ong Bak’ Tony Jaa dilapor bergelut dengan kanser pundi hempedu
Keputusan rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Isa Samad ditetap 10 Feb ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

OIC kecam serangan Israel ke atas kapal bantuan ke Gaza

Bernama
Bernama
11/06/2025
11:00 MYT
OIC kecam serangan Israel ke atas kapal bantuan ke Gaza
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) pada Selasa mengecam tindakan tentera Israel yang menyerang kapal layar Madleen, dalam usahanya menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza. - Foto REUTERS
JEDDAH: Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) pada Selasa mengecam tindakan tentera Israel yang menyerang kapal layar Madleen, dalam usahanya menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza dan menentang sekatan Israel terhadap wilayah terkepung itu, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).
Dalam satu kenyataan, OIC menyuarakan "kecaman terhadap serangan terang-terangan ke atas kapal Madleen serta penculikan tokoh politik dan kemanusiaan yang berada di atas kapal terbabit," dan menyifatkan tindakan itu sebagai "lanjutan kepada keganasan negara yang diamalkan oleh Israel sebagai kuasa pendudukan."
OIC turut mengalu-alukan usaha dan inisiatif kemanusiaan, serta aktiviti solidariti antarabangsa bersama rakyat Palestin, di samping menyeru kepada pembebasan segera para aktivis antarabangsa serta perlindungan terhadap semua petugas kemanusiaan, perubatan dan media, serta menekankan keperluan untuk membenarkan kemasukan bantuan kemanusiaan dan bekalan yang mencukupi dan berterusan ke Semenanjung Gaza.
OIC juga mengulangi gesaannya kepada semua pihak antarabangsa supaya memikul tanggungjawab dan memaksa pendudukan Israel untuk menamatkan semua jenayah pembunuhan beramai-ramai, pembersihan etnik, pemusnahan, kebuluran dan sekatan terhadap Semenanjung Gaza.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#OIC kecam
#pertubuhan kerjasama islam
#kapal layar Madleen
#Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan