KUALA LUMPUR: Sekretariat Umum Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengecam sekeras-kerasnya pengeboman bunuh diri yang menyasarkan sebuah masjid di bandar Kandahar, selatan Afghanistan, Jumaat lepas yang mengorbankan puluhan jemaah.
Menurut kenyataan Sekretariat Jeneral yang berpusat di Jeddah itu, pihaknya mengutuk serangan kejam itu dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa serta berharap mereka yang cedera segera sembuh.
OIC turut menegaskan pendiriannya bahawa apa jua tindakan keganasan adalah jenayah dan tidak boleh diterima walau dengan apa alasan sekali pun.
BACA: Pengeboman masjid Afghanistan: Pemimpin dunia Islam harus segera bersuara dan bertindak
Insiden ketika solat Jumaat itu adalah yang ketiga berlaku pada Oktober. Kejadian pertama pada 3 Oktober 2021 di Masjid Eid Gah di Kabul, mengorbankan sekurang-kurangnya lima orang. Lima hari kemudian, satu lagi kejadian pengeboman bunuh diri berlaku di sebuah masjid di Kunduz yang meragut lebih 80 nyawa.
BACA: Konflik Afghanistan: Pengebumian besar-besaran mangsa serangan di masjid
BACA: Korban letupan di masjid Afghanistan meningkat kepada 47 mangsa
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 18 2021
Insiden ketika solat Jumaat itu adalah yang ketiga berlaku pada Oktober. - Foto fail/AP
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Perdana Menteri Haiti, Ariel Henry akhirnya menyerahkan surat peletakan jawatan pada Khamis selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu. Surat rasmi peletakan jawatan yang ditandatangani Ariel Henry diserahkan di Los Angeles dan dikongsi pejabat Perdana Menteri Haiti bersamaan tarikh majlis presiden peralihan ditubuhkan.
RTS JB-Singapura di landasan tepat
Perkambangan pembinaan Projek RTS Johor Bahru-Singapura dilihat berada pada landasan tepat.
Rakyat Israel sudah mula misi bina penempatan kekal di Gaza
Sekumpulan warga Israel yang bermalam di sempadan berarak memasuki Gaza pada pagi Khamis dengan matlamat untuk membuka penempatan kekal di wilayah itu. Dalam poster kumpulan itu yang tular di media sosial, tertera slogan 'tentera telah mendudukinya, maka kami akan menetap disitu'.
Mayat bayi lelaki ditemukan di dalam tangki pam tandas
Mayat seorang bayi lelaki ditemukan di dalam tangki pam tandas perempuan di Masjid Kampung Pasir Simpul, di sini semalam.
'Anak kecil susah dijaga, sebaiknya tidak dibawa ke masjid'
Kanak-kanak masih kecil dan susah dijaga sehingga boleh mengganggu jemaah ketika bersolat sebaiknya tidak dibawa ke masjid.
Kanak-kanak ganggu jemaah di masjid: Apa hukum, tanggungjawab kita?
Didiklah anak-anak untuk mencintai masjid namun perlu mengawal mereka agar tidak mengganggu jemaah lain.
Al-Madinah Al Husna di Sibu Jaya masjid pertama guna mozek seramik tempatan
Masjid itu memiliki reka bentuk luaran yang unik, manakala reka bentuk dalaman diperindah dengan budaya dan unsur-unsur etnik Sarawak.
Tiga masjid utama bawah Jakim digerakkan sokong kempen #GengSubuhMacamJumaat
Kempen itu akan diteruskan di peringkat Persekutuan, bertitik tolak daripada kejayaan kempen berkenaan yang dimulakan selebriti Alif Satar.
Johor pertimbang pasang CCTV di surau dan masjid
Kerajaan Negeri Johor akan mempertimbang cadangan memasang kamera litar tertutup (CCTV) di surau dan masjid untuk tujuan keselamatan.
Imigresen tahan 10 warga asing termasuk kanak-kanak mengemis di Bangsar
13 individu diperiksa dalam operasi bermula pada 12.15 tengah hari itu susulan aduan orang ramai berhubung kegiatan mengemis.
Guna masjid, surau sebagai PPS dibenarkan sekiranya perlu
Penggunaan masjid dan surau sebagai pusat pemindahan sementara (PPS) bagi menempatkan mangsa banjir di negeri ini dibenarkan sekiranya keadaan memerlukan.
Masjid, surau laksana pelbagai inisiatif santuni asnaf
Pihak yang dilantik bagi menguruskan zakat bertanggungjawab menyampaikan pemberian bantuan kepada golongan yang layak.
12 masjid wilayah persekutuan dipilih sebagai pusat aduan, kaunseling mangsa keganasan rumah tangga
Nancy berkata inisiatif berkenaan telah dilaksanakan sejak 2021 di bawah pelan pengimarahan masjid di bawah JAWI.