DUNIA
OIC, negara Islam kecam pelanggaran gencatan senjata oleh Israel di Gaza
OIC menganggap Israel, sebagai kuasa pendudukan, bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kesan daripada jenayah kejam yang berlaku. - Reuters
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengecam sekeras-kerasnya pembunuhan beramai-ramai yang terus dilakukan oleh pendudukan Israel terhadap orang awam yang tidak bersalah dan penduduk yang hilang tempat tinggal di Semenanjung Gaza.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad, pertubuhan itu menekankan pengeboman terbaharu di pelbagai kawasan di Semenanjung Gaza, yang mengakibatkan 31 syuhada dan puluhan orang awam menjadi mangsa.
OIC menyifatkan kejadian itu sebagai peningkatan ketegangan yang berbahaya, pelanggaran nyata terhadap perjanjian gencatan senjata, dan percubaan untuk menjejaskan usaha antarabangsa bagi menstabilkan gencatan senjata serta melaksanakan fasa kedua perjanjian tersebut.
OIC menganggap Israel, sebagai kuasa pendudukan, bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kesan daripada jenayah kejam itu.
Ia juga menggesa masyarakat antarabangsa, terutamanya Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), untuk memikul tanggungjawab bagi memaksa Israel menghormati komitmen penuhnya dan melaksanakan peruntukan fasa kedua selaras dengan Resolusi Majlis Keselamatan PBB 2803.
Selain itu, OIC menegaskan keperluan untuk membuka semua pintu sempadan bagi menyediakan bantuan kemanusiaan tanpa halangan, menarik keluar tentera pendudukan Israel, serta memulakan proses pemulihan awal dan pembinaan semula Semenanjung Gaza.
Kenyataan itu juga mengulangi keperluan untuk melancarkan semula proses politik yang membawa kepada penamatan pendudukan Israel dan pelaksanaan penyelesaian dua negara.
Sementara itu, Menteri Luar Pakistan, Mesir, Jordan, Emiriah Arab Bersatu, Indonesia, Turkiye, Arab Saudi dan Qatar mengecam sekeras-kerasnya pelanggaran berulang gencatan senjata oleh Israel di Gaza, yang menurut mereka telah mengakibatkan pembunuhan dan kecederaan lebih seribu rakyat Palestin.
Dalam satu kenyataan bersama, menteri tersebut menyatakan bahawa tindakan ini berisiko meningkatkan ketegangan dan menjejaskan usaha yang bertujuan untuk mengukuhkan ketenangan serta memajukan fasa kedua pelan damai Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan melaksanakan Resolusi Majlis Keselamatan PBB 2803.
"Menteri berkenaan menganggap bahawa pelanggaran berulang ini merupakan ancaman langsung kepada proses politik dan menghalang usaha berterusan untuk mewujudkan keadaan yang sesuai bagi peralihan ke fasa yang lebih stabil di Semenanjung Gaza, baik dari segi keselamatan mahupun keadaan kemanusiaan, dan menekankan keperluan komitmen penuh bagi memastikan kejayaan fasa kedua pelan damai Presiden Trump," menurut kenyataan itu.
Mereka menyeru semua pihak untuk memikul tanggungjawab sepenuhnya dalam tempoh kritikal ini, mengamalkan kawalan diri yang tinggi, dan mengelakkan sebarang tindakan yang boleh menjejaskan proses semasa.
Menteri itu juga menggesa pembentukan keadaan yang kondusif untuk bergerak maju ke arah pemulihan awal dan pembinaan semula, serta memajukan keamanan yang adil dan berkekalan berdasarkan hak Palestin untuk menentukan nasib sendiri dan kenegaraan, selaras dengan undang-undang antarabangsa, resolusi Majlis Keselamatan PBB yang berkaitan, dan inisiatif damai Arab.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini