awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
Selangor tangani isu rumah ibadat tidak sah secara berhemah, ikut undang-undang - MB
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

OIC puji Arab Saudi menang bidaan tuan rumah Ekspo Dunia 2030

Bernama
Bernama
30/11/2023
05:48 MYT
OIC puji Arab Saudi menang bidaan tuan rumah Ekspo Dunia 2030
HISSIEN: Kejayaan ini bukan hanya pencapaian untuk Arab Saudi sahaja tetapi juga untuk negara-negara dunia Islam dan OIC. - Gambar fail REUTERS
KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Hissein Brahim Taha mengucapkan tahniah kepada Arab Saudi atas kejayaan Riyadh menjadi tuan rumah Ekspo Dunia 2030.
OIC dalam satu kenyataan berkata Setiausaha Agung memuji kepimpinan dan kerajaan negara yang bijak di bawah pentadbiran Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud dan Putera Mahkota Mohammed bin Salman serta rakyatnya di atas kejayaan itu.
Pemilihan itu juga menggambarkan pengiktirafan terhadap kelayakan luar biasa Riyadh menjadikannya tuan rumah paling layak untuk acara besar dan penting.
Setiausaha Agung berkata pemilihan Riyadh sebagai tuan rumah untuk Ekspo Dunia 2030 juga mencerminkan kemajuan infrastruktur, kestabilan politik dan ekonomi, langkah-langkah keselamatan dan kepelbagaian budaya yang kaya.
"Kejayaan ini bukan hanya pencapaian untuk Arab Saudi sahaja tetapi juga untuk negara-negara dunia Islam dan OIC, memandangkan Arab Saudi merupakan negara tuan rumah bagi pertubuhan ini," kata Hissien dalam kenyataan itu.
Arab Saudi pada Selasa berjaya memenangi bidaan untuk menganjurkan Ekspo Dunia semasa Perhimpunan Agung ke-173 Bureau International des Expositions (BIE) yang diadakan di Paris.
Ekspo itu dijadualkan berlangsung dari Oktober 2030 hingga Mac 2031.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Arab Saudi
#tuan rumah Ekspo Dunia 2030
#Ekspo Dunia 2030
#oic
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan