Olimpik Tokyo telah mencapai perjanjian asas dengan kesemua 68 penaja tempatan bagi melanjutkan kontrak sehingga tahun hadapan sebagai sokongan penundaan acara berprestij itu.

Presiden Jawatankuasa Penganjur, Yoshiro Mori memaklumkan, dana baharu dijangka melebihi AS$ 210 juta bagi menampung anggaran yang semakin meningkat.

Penaja domestik sehingga kini menyumbang sebanyak AS$ 3.3 bilion sebagai anggaran operasi tempatan.

Sukan Olimpik kali ini dijangka tiga kali lebih besar daripada sukan Olimpik sebelumnya dan ditaja oleh Dentsu Inc., syarikat pengiklanan terbesar Jepun dan juga ejen pemasaran untuk Sukan Tokyo.

Awal minggu ini, Penganjur Olimpik Tokyo mengumumkan aanggaran baru yang meningkat susulan penangguhan dan kos  mengadakan Olimpik semasa wabak, meningkat sebanyak AS$ 2.8 bilion menjadikan kos rasmi kepada AS$ 15.4 bilion

Dalam pada itu, menerusi satu kajian yang dijalankan Universiti Oxford mendapati Olimpik Tokyo merupakan  Sukan Olimpik Musim Panas termahal.