awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ombak besar landa pantai Australia: Sekurang-kurangnya enam maut, dua hilang

Bernama
Bernama
20/04/2025
08:38 MYT
Ombak besar landa pantai Australia: Sekurang-kurangnya enam maut, dua hilang
Biro Meteorologi Australia sebelum ini mengeluarkan amaran susulan ombak besar di sepanjang pantai NSW serta pulau-pulau berhampiran. - AP
SYDNEY: Seorang pemancing maut selepas dihanyutkan ombak ketika berada di atas batu di Australia pada Ahad, menjadikannya antara beberapa insiden lemas yang mencemari hujung minggu.
Polis New South Wales (NSW) memaklumkan pada Ahad bahawa pasukan paramedik gagal menyelamatkan pemancing itu selepas dia dihanyutkan ombak dari atas batu di selatan Sydney.
Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun turut dihanyutkan tetapi berjaya diselamatkan menggunakan helikopter dan kini dilaporkan dalam keadaan stabil di hospital, menurut polis.
Dalam insiden berasingan, pencarian masih diteruskan terhadap seorang lelaki berusia 24 tahun yang turut dihanyutkan ombak ketika berjalan di atas batu di kawasan pinggir timur Sydney pada Jumaat.
Pada Sabtu, seorang lagi lelaki maut selepas terjatuh ke laut akibat ombak besar di Pantai Selatan NSW.
Pada Jumaat, seorang wanita maut dan seorang lelaki dilaporkan hilang selepas mereka dihanyutkan ke laut di San Remo, berhampiran Melbourne.
Dua lelaki lain turut lemas dalam kejadian berasingan di Mosman dan Eden pada hari yang sama, menurut polis NSW.
Kedua-duanya dipercayai dihanyutkan ombak semasa berada di atas batu.
Biro Meteorologi Australia sebelum ini mengeluarkan amaran kepada orang awam agar lebih berhati-hati menjelang hujung minggu Easter susulan ombak besar di sepanjang pantai NSW serta pulau-pulau berhampiran.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pemancing maut
#ombak besar
#pantai Australia
#insiden lemas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan