awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Sindiket cetak pelekat palsu imigresen tumpas, lelaki warga Pakistan ditahan
GADGETS
ChatGPT tambah sokongan janaan imej melalui WhatsApp
MALAYSIA
Sultan Ibrahim kongsi kenangan Kembara Mahkota Johor 2006
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

OPEC akan terus melabur dalam bahan api fosil walaupun terdapat inisiatif peralihan tenaga

Bernama
Bernama
16/06/2025
11:45 MYT
OPEC akan terus melabur dalam bahan api fosil walaupun terdapat inisiatif peralihan tenaga
OPEC tidak menolak tenaga boleh ubah, walaupun ia sering dianggap bertindak bertentangan dengannya. - Gambar hiasan/ Reuters
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) akan terus melabur dalam pengeluaran bahan api fosil, walaupun momentum yang semakin meningkat di sebalik inisiatif kemampanan dan peralihan tenaga global.

Ringkasan AI
  • OPEC akan terus melabur dalam bahan api fosil walaupun terdapat tekanan global ke arah tenaga mampan, dengan menekankan keperluan pendekatan seimbang demi keselamatan dan kemampuan tenaga.
  • Setiausaha Agung OPEC menegaskan bahawa tenaga boleh baharu tidak mencukupi secara bersendirian, dan semua sumber tenaga serta teknologi perlu digabungkan untuk menyokong peralihan tenaga.
  • Industri minyak dijangka memerlukan pelaburan sekitar USD17.4 trilion menjelang 2045, dengan permintaan minyak global diramalkan mencecah 104 juta tong sehari tahun ini.

Setiausaha Agung OPEC Haitham Al Ghais berkata pertubuhan itu menyokong strategi pelaburan yang lebih seimbang bagi menjamin kestabilan keselamatan tenaga dan kemampuan.
"Kadang kala kita terbawa-bawa apabila berbincang mengenai sifar bersih dan peralihan tenaga.
"Di OPEC, kami percaya dalam pendekatan lebih seimbang. Kita perlukan peralihan dan menangani perubahan iklim, tetapi bukan dengan mengorbankan keselamatan tenaga dan kemampuan.
"Salah satu faktor utama yang kami tekankan ialah kepentingan pelaburan yang berterusan, kerana ia merupakan industri jangka panjang dan berintensifkan modal," katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi panel bertajuk 'Enabling Asia's Future Energy Ecosystem' pada Persidangan Energy Asia 2025 di sini hari ini.
Haitham menekankan bahawa OPEC tidak menolak tenaga boleh ubah, walaupun ia sering dianggap bertindak bertentangan dengannya.
"Kami tidak menolak tenaga boleh baharu. Sebaliknya, ramai ahli OPEC menerima tenaga boleh baharu.
"Bagaimanapun, kami mengakui bahawa tenaga boleh baharu sahaja tidak mencukupi.
"Itulah sebabnya, pendekatan kami terhadap peralihan tenaga mestilah dalam pelbagai kaedah.
"Tiada kaedah tunggal. Kami memerlukan semua sumber tenaga dan teknologi untuk melengkapi dan menyokong satu sama lain, terutamanya bagi mereka yang boleh mengurangkan pelepasan," katanya.
Menurut Haitham, industri minyak memerlukan pelaburan sebanyak US$17.4 trilion atau kira-kira US$640 bilion setahun.
"Hari ini, minyak masih mewakili 30 peratus daripada gabungan tenaga global. Apabila digabungkan dengan gas, jumlah ini meningkat kepada kira-kira 56 hingga 57 peratus.
"Dari segi jumlah, kami menyaksikan permintaan minyak mencatatkan rekod baharu setiap tahun.
"Tahun ini, kami meramalkan permintaan minyak mencecah 104 juta tong sehari," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#OPEC
#bahan api fosil
#peralihan tenaga
#Tenaga Boleh Diperbaharui
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami