DUNIA
Operasi Degupan Jantung Gaza bermula, fokus laluan darat melalui Jordan
Nik Marina (tiga, kanan) ketika bertemu Setiausaha Agung JHCO, Dr Hussein Mohammad Al-Shebli (empat, kanan) di Amman. Turut hadir, Setiausaha Pertama Kedutaan Besar Malaysia di Jordan, (tiga, kiri) Nur Najihah Md Abas dan wakil KHOM yang lain.
AMMAN: Karisma Humanitarian Outreach Mission (KHOM) Malaysia hari ini memulakan Operasi Degupan Jantung Gaza yang kelima, sebagai usaha berterusan menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza yang terjejas akibat konflik berpanjangan.
Ringkasan AI
Menurut Pengarah Misi Bantuan Kemanusiaan KHOM, Nik Marina Hussin, proses pembungkusan barangan bantuan telah bermula di gudang KHOM dan akan dipindahkan ke Jordan Hashemite Charity Organization (JHCO) untuk penyerahan rasmi.
“Selepas penyerahan kepada pihak JHCO, bantuan biasanya mengambil masa antara dua hingga lima minggu sebelum dihantar ke Gaza melalui laluan darat. Selagi laluan itu dibuka, kita akan terus gunakan darat,” katanya kepada Astro AWANI di sini.
Beliau turut menjelaskan bahawa penghantaran melalui udara hanya akan dipertimbangkan sebagai pilihan terakhir kerana risiko keselamatan yang tinggi.
Sebelum ini, Astro AWANI melaporkan bahawa KHOM memerlukan sumbangan kritikal berjumlah RM243,110 bagi memastikan misi penghantaran bantuan ke Gaza Utara dapat diteruskan.
Susulan sokongan orang ramai, jumlah bantuan berjaya ditingkatkan daripada satu lori kepada 3,175 pek makanan, termasuk 800 bungkus susu bayi dan 150 bag tepung seberat 50 kilogram setiap satu.
“Harapan KHOM adalah supaya lebih banyak bantuan dapat masuk kerana kami mempunyai akses untuk menghantarnya. Masalah sekarang ialah pihak di sebelah sana yang menentukan berapa banyak lori boleh masuk.
"Yang penting sekarang ialah memastikan aliran bantuan kekal berterusan.
“Jumlah bantuan memang penting, dan pada masa sama kita perlu menjawab persoalan masyarakat tentang mengapa bantuan tidak sampai ke Gaza,” tambahnya.
Ringkasan AI
- KHOM memulakan misi kelima bantuan kemanusiaan ke Gaza dengan pembungkusan barangan di gudang sebelum diserahkan kepada Jordan Hashemite Charity Organization untuk penghantaran melalui laluan darat.
- Penghantaran udara hanya dipertimbangkan sebagai pilihan terakhir atas faktor keselamatan, manakala bantuan berjaya ditingkatkan kepada 3,175 pek makanan hasil sokongan orang ramai.
- KHOM menekankan kepentingan aliran bantuan yang berterusan dan menyeru masyarakat memahami cabaran logistik serta tidak menyebarkan keraguan terhadap usaha penghantaran bantuan ke Gaza.