awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hakim syarie diseru tingkat inovasi, percepat penyelesaian kes - Raja Muda Perlis
Malique kongsi foto dukung bayi, ubat kerinduan peminat
Pemandu van Siam mengaku tidak salah langgar gadis hingga maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Operasi Israel di Rafah berbentuk terhad - AS

Astro Awani
Astro Awani
08/05/2024
00:45 MYT
Operasi Israel di Rafah berbentuk terhad - AS
Kirby berkata, operasi itu bertujuan mengekang penyeludupan senjata dan dana kepada kumpulan pejuang Hamas di Gaza. - Foto fail/AP
WASHINGTON: Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) mengesahkan operasi Israel di Rafah adalah terhad.
Menurut penasihat keselamatan White House, John Kirby, operasi itu bertujuan mengekang penyeludupan senjata dan dana kepada kumpulan pejuang Hamas di Gaza.
Ia disahkan jurucakap Jabatan Negara, Matthew Miller.
"Operasi ini disahkan hanya operasi yang terhad, tetapi sudah tentu ia bergantung kepada perkembangan seterusnya.
"Israel secara jelas mahu melaksanakan operasi ketenteraan besar-besaran di sana. Kami sudah nyatakan dengan jelas, kami menentang operasi itu, tetapi ia bergantung kepada usaha mencapai perjanjian yang akan menguatkuasakan gencatan senjata dan pembebasan tebusan," katanya.
Sementara itu jurucakap White House Karine Jean-Pierre berkata, mereka dimaklumkan bahawa lintasan Karem Shalom, yang sebelum ini ditutup Israel, akan dibuka semula pada Rabu.
Jelasnya walaupun AS kecewa dengan tindakan Israel menutup sempadan Rafah, mereka komited untuk membantu penduduk Gaza yang dikepung dengan membuka lintasan lain.
Topic Berkaitan
#Israel
#Hamas
#Gaza
#operasi ketenteraan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan