DUNIA
Operasi kerajaan AS terhenti buat sementara waktu
Sebarang kelewatan dalam kelulusan pakej oleh Dewan Perwakilan boleh menjejaskan operasi kerajaan. - Gambar/ Reuters
WASHINGTON: Operasi kerajaan Amerika Syarikat (AS) terhenti seketika pada Sabtu selepas tiada undang-undang pembiayaan digubal, lapor Anadolu Ajansi.
Walaupun Senat telah meluluskan pakej pembiayaan pada Jumaat sebelum tempoh akhir tengah malam, ia masih memerlukan kelulusan Dewan Perwakilan yang dijangka hanya akan kembali bersidang di Washington pada Isnin.
Ahli Senat mengundi 71-29 untuk menyokong pakej berkenaan yang merangkumi lima rang undang-undang peruntukan jangka panjang, selain melanjutkan pembiayaan bagi Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (DHS) selama dua minggu bagi membolehkan rundingan mengenai penguatkuasaan imigresen dijalankan.
Tindakan itu menyusul selepas ejen persekutuan di negeri Minnesota menembak mati warga AS, Alex Pretti - kejadian tembakan maut kedua membabitkan pegawai penguatkuasa imigresen bulan ini. Pemimpin Demokrat Senat, Chuck Schumer berkata beliau dan ahli Demokrat lain tidak akan menyokong pakej itu melainkan langkah peruntukan yang merangkumi dana untuk DHS dikeluarkan.
Sekiranya Dewan Perwakilan meluluskan langkah itu awal minggu depan, sebarang gangguan terhadap operasi kerajaan dijangka berada pada tahap minimum.
Terdapat minat yang terhad di Washington untuk mengulangi tempoh penutupan operasi yang panjang seperti yang berlaku selama 43 hari pada penghujung tahun lepas.
- BERNAMA-ANADOLU
TAG: penutupan kerajaan, senat, pakej pembiayaan, kongres