DUNIA
Orang awam di Gaza terus diserang hebat ketika cuba dapatkan makanan - Agensi PBB
Rakyat Palestin yang kelaparan dan terdesak mencari makanan kini terdedah kepada serangan hebat oleh tentera Israel di pusat agihan makanan. - Gambar/ Reuters
ISTANBUL: Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) pada Sabtu melaporkan bahawa orang awam yang kelaparan di Semenanjung Gaza diserang hebat oleh tentera Israel ketika cuba mendapatkan makanan di pusat agihan bantuan, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Ringkasan AI
UNRWA dalam satu kenyataan memetik keterangan seorang mangsa terselamat Palestin daripada serangan ke atas sebuah pusat agihan di Rafah yang ditubuhkan oleh Yayasan Kemanusiaan Gaza (GHF) dengan sokongan Amerika Syarikat dan Israel atas nama bantuan kemanusiaan.
Kenyataan itu menyatakan bahawa rakyat Palestin yang kelaparan dan terdesak mencari makanan kini terdedah kepada serangan hebat oleh tentera Israel di pusat agihan tersebut yang digambarkan sebagai pusat bantuan, sekali gus mengancam nyawa mereka.
Ramai daripada mereka terpaksa pulang dengan tangan kosong selepas terselamat daripada serangan.
UNRWA turut menegaskan keperluan mendesak untuk menyambung semula pengagihan bantuan kepada penduduk Gaza secara selamat, dan menekankan bahawa ia mesti disalurkan melalui agensi PBB termasuk UNRWA sendiri.
Sejak 27 Mei, tentera Israel melancarkan serangan ke atas zon. agihan yang diwujudkan atas nama bantuan kemanusiaan oleh GHF yang disokong Israel dan AS.
Pasukan Israel turut melepaskan tembakan ke arah orang awam yang berkumpul di lokasi agihan dalam "zon penampan" yang diwujudkan oleh Israel.
Menurut data daripada Pejabat Media di Gaza, antara 27 Mei hingga 6 Jun, tentera Israel melancarkan serangan ke atas rakyat Palestin di pusat agihan, mengorbankan 110 orang dan mencederakan 583 yang lain.
Mayat sembilan rakyat Palestin masih belum ditemukan.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Ringkasan AI
- UNRWA melaporkan bahawa orang awam Palestin yang kelaparan diserang oleh tentera Israel ketika cuba mendapatkan bantuan makanan di pusat agihan di Rafah, yang ditubuhkan dengan sokongan AS dan Israel.
- Serangan ke atas zon agihan bantuan sejak 27 Mei telah mengorbankan 110 orang dan mencederakan 583 yang lain, dengan sembilan mayat masih belum ditemukan.
- UNRWA menegaskan keperluan mendesak untuk menyambung semula pengagihan bantuan secara selamat melalui agensi PBB, bagi melindungi nyawa penduduk Gaza yang terdesak.