DUNIA
Orang ramai banjiri Itaewon, Hongdae ketika kerajaan keluarkan amaran keselamatan
Tiga tahun lepas, seramai 159 orang terbunuh dalam tragedi rempuhan di Itaewon semasa sambutan Halloween. - Foto AP
SEOUL: Orang ramai membanjiri kawasan hiburan waktu malam di Itaewon, Hongdae dan beberapa lokasi lain di Seoul bagi meraikan sambutan Halloween pada Jumaat, ketika pihak berkuasa mengeluarkan amaran keselamatan serta mengawal aliran pengunjung bagi memastikan keselamatan awam, lapor Agensi Berita Yonhap.
Polis mula mengehadkan akses ke lorong di belakang Hotel Hamilton - lokasi tragedi rempuhan orang ramai paling buruk di Korea Selatan pada hujung minggu sambutan Halloween pada 29 Okt 2022 - selain mengawal pergerakan orang ramai di kawasan berhampiran.
Pejabat Daerah Yongsan memaklumkan bahawa tren bawah tanah tidak akan berhenti di Stesen Itaewon mulai 11 malam kerana kesesakan luar biasa.
Pejabat itu turut mengeluarkan amaran keselamatan, memberi peringatan bahawa keadaan sesak berhampiran Stesen Itaewon sekitar 10.30 malam boleh mendatangkan risiko keselamatan dan menasihati orang ramai supaya mengelakkan kawasan berkenaan.
Di kawasan pelancongan Hongdae, lebih 100,000 orang dilaporkan berkumpul, menyebabkan papan iklan elektronik besar memaparkan amaran keselamatan kepada pengunjung.
Kerajaan telah mengambil langkah keselamatan tambahan bagi mengawal kawasan sesak semasa sambutan Halloween tahun ini, yang dijangka menarik lebih ramai pengunjung berbanding tahun-tahun sebelumnya, memandangkan perayaan itu jatuh pada hari Jumaat di tengah-tengah fenomena budaya K (K-content) serta penyambungan semula kemasukan pelancong China tanpa visa.
Tiga tahun lepas, seramai 159 orang terbunuh dalam tragedi rempuhan di Itaewon semasa sambutan Halloween.
Pada ulang tahun ketiga tragedi itu, orang ramai dilihat meletakkan jambangan bunga di lokasi kejadian, manakala beberapa acara memperingati mangsa turut diadakan.
--BERNAMA-YONHAP