[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
DUNIA

Orang ramai panik, ketakutan selepas harimau sarkas berkeliaran di Paris

Agensi 25/11/2017 | 08:44 MYT
Seekor harimau dengan berat 200 kg ditembak mati selepas berkeliaran di bandaraya Paris hingga menimbulkan suasana panik orang ramai.
Beberapa pelancong dan orang awam panik dan menjerit ketakutan apabila seekor harimau berkeliaran di sekitar bandaraya Paris.
Harimau yang merupakan haiwan bagi pertunjukan sarkas di kawasan sekitar dikatakan melarikan diri sebelum lolos ke bandaraya berkenaan.
Orang ramai yang terkejut lalu panik dengan situasi itu segera menjerit dan lari lintang pukang menyelamatkan diri.
Harimau dengan berat 200 kilogram itu kemudiannya berkeliaran di sebuah stesen keretapi.
“Seekor harimau terlepas. Sila kosongkan stesen ini,” satu amaran dikeluarkan oleh pihak pengurusan stesen keretapi tempatan.
Harimau tersebut kemudiannya ditembak, bagi mengelak risiko serangan binatang itu kepada orang ramai.
Polis berkata harimau itu ditembak oleh staf sarkas.
Gambar harimau yang ditembak itu kemudiannya tersebar di media sosial.
Sehingga kini, masih belum dikenal pasti bagaimana harimau tersebut terlepas.
#API #harimau #kereta #mati #media sosial #Perancis #polis #Sarkas #serangan