Otak kelawar umpama digoreng akibat panas melampau di Sydney

Agensi
Januari 10, 2018 03:55 MYT
Panas melampau di Sydney menyebabkan otak kelawar kering bagai digoreng dan menjadi punca beratus-ratus haiwan berkenaan mati.- gambar hiasan.
Cuaca panas melampau yang dikatakan paling panas pernah dicatatkan di dunia melanda Sydney dan menyebabkan beratus-ratus kelawar mati.
Kelawar-kelawar berkenaan jatuh menyembah bumi dan mati akibat otaknya mengering umpama 'digoreng'.
Menurut petugas hidupan liar, suhu 47.3 darjah selsius memberi kesan kepada otak kelawar tersebut kerana haiwan itu dikatakan spesies yang paling kurang daya tahan seperti yang dipetik dari portal AFP.
Manakala Penyelamat dan Pendidikan Hidupan Liar New South Wales (WIRES) berkata kematian beratus kelawar itu boleh bertambah sehingga beribu kelawar.
“Para penyelamat berjaya menyelamatkan lebih dari seratus ekor kelawar, namun beratus juga yang mati dan terjatuh dari tempat mereka berpaut pada pokok.
“Para penyelamat dan sukarelawan sedang bertungkus lumus untuk menyediakan cecair subcutaneous (SQ) (cecair yang mengekalkan hidrasi) untuk menyelamatkan lebih banyak nyawa haiwan tersebut,” kata WIRES menerusi laman media sosial Facebook.
#Australia #kelawar #kelawar mati #mati #media sosial #otak #panas melampau #panas terik #Sydney