Oxford, Cambridge pertama kali tersingkir senarai tiga teratas penarafan universiti UK

Universiti Oxford (foto) dan Cambridge buat pertama kali dalam 32 tahun tidak tersenarai dalam tiga teratas penarafan universiti terbaik UK oleh The Times and The Sunday Times Good University Guide 2026. -Gambar fail/www.ox.ac.uk
LONDON: Universiti Oxford dan Universiti Cambridge buat pertama kali dalam sejarah 32 tahun tidak tersenarai dalam tiga teratas penarafan universiti terbaik United Kingdom oleh The Times and The Sunday Times Good University Guide 2026.
Ringkasan AI
- Oxford dan Cambridge buat pertama kali dalam 32 tahun tidak tersenarai dalam tiga teratas penarafan universiti terbaik UK oleh The Times and The Sunday Times Good University Guide 2026, masing-masing berkongsi tempat keempat.
- LSE kekal di tempat pertama, diikuti University of St Andrews dan Durham University, dengan Durham dinobatkan sebagai University of the Year 2026.
- Penarafan ini mengambil kira kepuasan pelajar, pengalaman kampus, kualiti pengajaran, penyelidikan, kelestarian dan prospek kerjaya, dengan metodologi berbeza berbanding The Guardian University Guide.
Editor panduan tersebut, Helen Davies, menyifatkan pencapaian Durham sebagai luar biasa selepas naik dua tangga berbanding tahun lalu dan turut dinobatkan sebagai University of the Year 2026.
“Prestasi akademik cemerlang Durham diperkukuh dengan peningkatan dalam kualiti pengajaran dan pengalaman pelajar,” katanya.
Panduan ini menilai institusi berdasarkan kepuasan pelajar terhadap pengajaran, pengalaman kampus, piawaian kemasukan, kualiti penyelidikan, kelestarian dan prospek kerjaya graduan.
Dalam panduan berasingan oleh The Guardian University Guide 2026, Oxford masih mengekalkan kedudukan pertama manakala Cambridge di tempat ketiga, menunjukkan perbezaan metodologi antara penerbitan utama.
LSE turut menerima anugerah University of the Year for Academic Performance, Russell Group University of the Year, dan tempat kedua bersama bagi University of the Year for Graduate Employment.
Senarai 10 teratas turut merangkumi Imperial College London (ke-6), University of Bath, University of Warwick, University College London dan University of Bristol.
University of Strathclyde pula dinamakan sebagai naib juara University of the Year.
Penerbitan penuh panduan ini boleh didapati dalam sisipan khas 96 muka surat bersama akhbar The Sunday Times pada 21 September.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


