awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Padah buang air kecil pada penumpang dalam pesawat

Sinar Harian
Sinar Harian
08/01/2023
02:30 MYT
Padah buang air kecil pada penumpang dalam pesawat
Air India mengakui ia gagal menangani insiden itu dengan teratur dan sedang mengkaji polisi berkaitan menyediakan minuman alkohol kepada penumpang. - Gambar fail/AP
NEW DELHI: Gara-gara membuang air kecil pada seorang penumpang pesawat, seorang bekas eksekutif syarikat perbankan gergasi Amerika Syarikat (AS) diberkas pihak berkuasa.
Shankar Mishra yang dipecat daripada jawatan Naib Presiden Bahagian Operasi Wells Fargo diburu polis setelah seorang wanita warga emas membuat aduan tentang perbuatannya ketika menaiki penerbangan Air India pada November lalu.
Media tempatan melaporkan Mishra telah menutup telefon bimbitnya, namun dia masih menghubungi rakan-rakannya melalui media sosial malah turut membuat transaksi menggunakan kad kredit di Bangalore yang telah mendedahkan lokasi keberadaannya.
"Dia telah dibawa ke New Delhi untuk siasatan lanjut," kata jurucakap polis pada Sabtu.
Pada Jumaat, Wells Fargo mengesahkan pemecatan Mishra selepas perbuatan tidak senonohnya mendapat perhatian umum.
Lelaki tersebut dikatakan berada di bawah pengaruh alkohol ketika menaiki penerbangan dari New York ke Delhi pada 26 November lalu apabila dia membuka zip seluarnya secara tiba-tiba sebelum membuang air kecil pada wanita berusia 72 tahun yang duduk bersebelahannya di kelas perniagaan.
Air India dalam satu kenyataan mengakui ia gagal menangani insiden itu dengan teratur dan sedang mengkaji polisi berkaitan menyediakan minuman alkohol kepada penumpang.
Pada awal minggu lalu, pengawal selia penerbangan menegur pengurusan Air India yang baru-baru ini diambil alih konglomerat Tata Group kerana tidak melaporkan kejadian pada masa itu.
Sementara itu, peguam mewakili Mishra memaklumkan eksekutif perbankan itu telah mencapai penyelesaian kewangan dengan memberikan ganti rugi kepada mangsa termasuk membersihkan bag dan pakaiannya yang dicemari urin.
Wanita itu bagaimanapun mengembalikan semula wang tersebut dan bertindak memfailkan aduan kepada Air India. - Sinar Harian/ Agensi
Topic Berkaitan
#insiden dalam pesawat
#kencing atas penumpang
#Air India
#AS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan