Paderi ditembak di luar gereja Lyon dua hari selepas serangan di Nice

Astro Awani
Oktober 31, 2020 22:10 MYT
Polis berkawal di luar gereja di mana seorang paderi ditembak dalam kejadian di Lyon, Perancis. -Reuters
PARIS: Seorang paderi ditembak di luar gereja di Lyon, Perancis pada Sabtu.
Mangsa ditembak di bahagian perut dan kini menerima rawatan di hospital.
Insiden berlaku dua hari selepas serangan di gereja katolik di bandar Nice yang membunuh tiga mangsa.
Suspek dipercayai bertindak seorang diri dan menggunakan senapang memburu.
Polis dalam pada itu telah menahan seorang suspek namun tidak dapat dipastikan dia pelaku yang diburu.
Motif serangan masih dalam siasatan.
#paderi ditembak #Lyon #Gereja Katolik #senapang memburu #serangan Perancis #Nice