awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
Masalah kesuburan lelaki punca hanpir separuh kes pasangan sukar hamil - LPPKN
Kadar pemilikan rumah, akses kemudahan asas meningkat - DOSM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pakar beri amaran angka harian COVID-19 Thailand mungkin cecah 100,000 kes

Bernama
Bernama
21/02/2022
04:16 MYT
Pakar beri amaran angka harian COVID-19 Thailand mungkin cecah 100,000 kes
Dalam tempoh 24 jam lepas, Thailand merekodkan 18,953 kes baharu COVID-19 dan 30 kematian. - Foto fail/BERNAMA
BANGKOK: Pakar virologi Thailand Dr Yong Poovorawan memberi amaran bahawa kes COVID-19 harian boleh mencecah 100,000 berikutan subvarian BA.2 Omicron merebak pantas di negara itu.
Data menunjukkan pada 5 hingga 11 Feb, 500 kes daripada 1,975 kes jangkitan Omicron, atau 18.5 peratus merupakan subvarian BA.2.
Dr Yong, pakar virologi kanan Universiti Chulalongkorn berkata, secara purata 25,000 kes COVID-19 dilaporkan setiap hari, termasuk mereka yang diuji positif menggunakan kit ujian antigen (ATK).
Data itu menunjukkan kadar jangkitan sebanyak 10 kali ganda berbanding ketika empat gelombang sebelum ini.
"Memandangkan Thailand kini berdepan gelombang kelima, saya berharap kadar jangkitan tidak meningkat kepada enam angka," katanya menerusi hantaran di Facebook.
Dalam tempoh 24 jam lepas, Thailand merekodkan 18,953 kes baharu COVID-19 dan 30 kematian, menjadikan jumlah kumulatif terkini sebanyak 2,712,315 dan 22,624 korban.
Beliau berkata subvarian BA.2 Omicron terus menular dengan purata 15,000 kes dilaporkan di Singapura manakala kes harian baharu di Korea Selatan melebihi 100,000 buat pertama kali pada 18 Feb.
"Thailand mungkin menerima nasib sama.
"Pada masa ini, wabak COVID-19 berada pada trend peningkatan Asia... Ia akan mencapai kemuncak sebelum kembali stabil dan bilangan kes baharu perlahan-lahan menurun seperti di Eropah dan Amerika Syarikat," katanya.
Dr Yong menggesa orang ramai yang positif COVID-19 kuarantin kendiri di rumah atau elak berada di kawasan awam bagi membendung penularan virus itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#kes positif
#Omicron
#kit ujian antigen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan