KITA pernah dengar tentang penyakit lembu gila dan anjing gila, namun bagaimana kalau keadaan yang lebih serius berlaku dalam kalangan rusa?
Pakar kesihatan Amerika Syarikat (AS) sudah mengeluarkan amaran tentang penyakit berjangkit membawa maut yang kini merebak di negara itu, melibatkan haiwan seperti rusa, elk, dan moose.
Portal The New York Post melaporkan, penyakit kemerosotan kronik (chronic wasting disease – CWD) itu yang juga dikenali sebagai ‘penyakit rusa zombi’, yang dikhuatiri boleh menjangkiti manusia.
Berdasarkan kajian, menjejaskan fungsi otak, saraf tunjang dan tisu-tisu lain dalam haiwan, sudah didokumentasikan di 24 negeri di AS sejak Januari, kata Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit.
Penyakit tersebut yang mengambil masa bertahun-tahun untuk simptom jangkitannya kelihatan dengan jelas, merebak menerusi cecair tubuh seperti najis, air liur, darah atau air kencing selain sentuhan secara terus dari persekitaran, lapor The Huffington Post.
Setakat ini belum ada sebarang rawatan mahupun vaksin dihasilkan.
Simptom berkenaan pada rusa, yang dikaitkan dengan rupa fizikal 'zombi', menyebabkan kehilangan berat badan secara drastik, langkah yang terhuyung-hayang, kehilangan koordinasi tubuh, air liur yang meleleh, telinga yang melepek, selain kehilangan rasa takut pada manusia serta tindakan agresif.
Walaupun masih belum ada pengesahan rasmi tentang transmisi kepada sistem tubuh manusia, beberapa pakar kesihatan yang sedang bertungkus-lumus membuat kajian di makmal, berkata semua kemungkinan itu boleh berlaku pada bila-bila masa.
“Tidak mustahil kes CWD boleh terjadi pada manusia jika seseorang memakan daging rusa yang sudah dijangkiti pada masa akan datang,” ujar Pengarah Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Universiti Minnesota, Michael Osterholm.
Kajian makmal menunjukkan protein yang sudah bermutasi dengan CWD, atau ‘prion’, mampu menjangkiti haiwan mawas yang berkongsi genetik manusia.
Para pemburu di negara-negara yang mengesan penularannya juga sudah dinasihatkan untuk mengenal pasti simptom penyakit CWD sebagai langkah berjaga-jaga.
Agensi
Wed Feb 13 2019
Adegan dari filem 'Train To Busan' yang menunjukkan rusa yang dijangkiti penyakit dan merebakkannya kepada manusia ini tentunya membuatkan kita terfikir semula tentang segala kemungkinan seumpamanya. - Youtube/11swallowedinthesea
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Penyakit 'rusa zombi' merebak di Amerika Syarikat
CWD telah ditemui di 31 negeri di seluruh Amerika Syarikat serta Kanada, Norway, Finland, Sweden dan Korea Selatan.
Pakar beri amaran penyakit 'rusa zombi' boleh menjangkiti manusia
Para pemburu di negara-negara terlibat sudah dinasihatkan untuk mengenal pasti simptom penyakit CWD sebagai langkah berjaga-jaga.