DUNIA
Pakar PBB kecam serangan terbaru Israel ke atas kem Ein El-Hilweh di Lubnan
Serangan dron Israel pada 18 Nov mengenai Ein el-Hilweh, mengorbankan sekurang-kurangnya 14 orang termasuk 12 kanak-kanak dan mencederakan sekurang-kurangnya enam yang lain. - AP
NEW YORK: Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai pembunuhan di luar bidang kehakiman, secara ringkas atau sewenang-wenangnya, Morris Tidball-Binz pada Jumaat mengecam serangan terbaru Israel di Lubnan, termasuk serangan maut ke atas kem pelarian Palestin Ein el-Hilweh serta serangan berulang ke atas orang awam dan anggota pengaman badan dunia itu.
"Ini bukan insiden terpencil tetapi sebahagian daripada corak serangan maut yang membimbangkan di kawasan berpenduduk oleh Israel, serta pengabaian sepenuhnya terhadap perjanjian henti tembak dan usaha damai Lubnan," kata Tidball-Binz dalam satu kenyataan, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).
"Serangan berulang ke atas orang awam dan objek awam ini adalah jenayah perang dan melanggar Piagam PBB," tambahnya.
Menurut laporan, serangan dron Israel pada 18 Nov mengenai Ein el-Hilweh, sebuah kem pelarian Palestin berhampiran Sidon, mengorbankan sekurang-kurangnya 14 orang termasuk 12 kanak-kanak dan mencederakan sekurang-kurangnya enam yang lain, menjadikannya serangan paling maut sejak gencatan senjata pada Nov 2024. Israel mendakwa ia menyasarkan sebuah "kawasan latihan" Hamas tanpa memberikan penjelasan lanjut.
Pakar itu menyatakan bahawa serangan ke atas Ein el-Hilweh berlaku selepas serangan udara dan dron Israel hampir setiap hari di seluruh Lubnan sejak gencatan senjata berkuat kuasa pada 27 Nov 2024.
Menurut Pejabat Hak Asasi Manusia PBB, kira-kira 127 orang awam Lubnan maut dan beberapa lagi cedera dalam operasi itu yang mengenai rumah, kenderaan dan objek awam lain di kampung-kampung selatan dan sepanjang jalan utama.
"Insiden ini sebahagian daripada pola yang lebih luas iaitu pembunuhan menyalahi undang-undang dan pelanggaran perjanjian gencatan senjata oleh Israel," kata Pelapor Khas itu.
Tidball-Binz menyuarakan kebimbangan terhadap serangan baharu dan serangan yang hampir mengenai anggota pengaman PBB yang berkhidmat dengan Pasukan Interim PBB di Lubnan (UNIFIL).
"Menyasarkan serangan secara sengaja ke atas anggota PBB merupakan jenayah perang di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa," kata pakar itu.
"Insiden-insiden ini merupakan jenayah antarabangsa dan pelanggaran serius Resolusi Majlis Keselamatan 1701 serta kedaulatan Lubnan," kata Pelapor Khas berkenaan.
"Serangan-serangan ini juga menjejaskan usaha Kerajaan Lubnan untuk melaksanakan gencatan senjata, memulihkan keamanan dan memastikan keadilan serta keselamatan bagi penduduknya," katanya.
Tidball-Binz menggesa Israel menghentikan semua serangan di Lubnan dengan segera dan mematuhi sepenuhnya Resolusi Majlis Keselamatan 1701, syarat-syarat gencatan senjata, serta kewajipannya di bawah undang-undang antarabangsa.
Beliau turut menggesa siasatan segera, bebas dan berkesan terhadap semua dakwaan pembunuhan yang menyalahi undang-undang akibat serangan Israel di Lubnan, khususnya selepas gencatan senjata yang berkuat kuasa sejak Nov 2024.
Pelapor Khas itu juga menggesa masyarakat antarabangsa untuk menekan Israel agar melaksanakan sepenuhnya gencatan senjata Nov 2024, menghentikan serta-merta serangan dan pembunuhan di wilayah Lubnan, serta menyokong siasatan bebas dan berkesan selain usaha untuk membawa pihak bertanggungjawab ke muka pengadilan.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini