DUNIA
Pakistan, Afghanistan bersetuju gencatan senjata selepas pertempuran sempadan
Anggota tentera Afghanistan berkawal di sepanjang sempadan susulan pertempuran semalaman dengan pasukan Pakistan, di daerah Zazai Maidan, wilayah Khost, Afghanistan, 12 Okt 2025. - Gambar fail/AP
KARACHI: Pakistan dan Afghanistan pada Rabu mencapai persetujuan untuk melaksanakan gencatan senjata selama 48 jam selepas berlakunya pertempuran di sepanjang sempadan kedua-dua negara, menurut kenyataan rasmi kedua-dua pihak, lapor Anadolu Ajansi.
Kementerian Luar Pakistan dalam kenyataan berkata gencatan senjata itu berkuat kuasa pada 6 petang (1300 GMT).
Kenyataan itu menambah kedua-dua pihak akan "berusaha dengan ikhlas" untuk menyelesaikan isu "rumit tetapi boleh diselesaikan" itu melalui rundingan membina.
Jurucakap pentadbiran sementara Afghanistan, Zabihullah Mujahid, turut mengesahkan bahawa Kabul telah mencapai persetujuan gencatan senjata dengan Islamabad.
Mujahid menambah bahawa Kabul telah "mengarahkan semua tenteranya supaya mematuhi gencatan senjata... kecuali jika berlaku sebarang pencerobohan."
Ini adalah gencatan senjata kedua sejak hujung minggu lalu, selepas kedua-dua pihak bertempur pada malam Sabtu tetapi menghentikan permusuhan berikutan usaha pengantaraan Qatar dan Arab Saudi.
-- BERNAMA