DUNIA
  
            Pakistan, Afghanistan sepakat teruskan gencatan senjata
Rundingan ini diadakan selepas insiden letupan di Kabul pada 9 Oktober yang mencetuskan ketegangan terbaru antara dua negara jiran Asia Selatan tersebut. - Foto REUTERS
            
      DOHA: Pakistan dan Afghanistan bersetuju untuk meneruskan gencatan senjata susulan rundingan damai yang berlangsung di Istanbul dari 25 hingga 30 Oktober, dengan pengantaraan Turkiye dan Qatar.
Ringkasan AI
Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar Turkiye pada Khamis, semua pihak bersetuju untuk menubuhkan mekanisme pemantauan dan pengesahan bagi memastikan keamanan dipelihara.
Mekanisme itu turut merangkumi tindakan terhadap mana-mana pihak yang melanggar perjanjian.
Rundingan ini diadakan selepas insiden letupan di Kabul pada 9 Oktober yang mencetuskan ketegangan terbaru antara dua negara jiran Asia Selatan tersebut.
Taliban menuduh Pakistan sebagai dalang serangan, sementara Islamabad menafikan tuduhan itu dan sebaliknya menuduh Kabul melindungi kumpulan pengganas.
Pertempuran yang tercetus selepas insiden tersebut telah meragut puluhan nyawa, termasuk orang awam di kedua-dua pihak.
Menurut Misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Afghanistan (UNAMA), sekurang-kurangnya 50 orang awam terbunuh dan lebih 400 lagi cedera dalam tempoh seminggu.
               
  Ringkasan AI
- Pakistan dan Afghanistan bersetuju meneruskan gencatan senjata selepas rundingan damai di Istanbul yang diadakan dengan pengantaraan Turkiye dan Qatar.
- Semua pihak bersetuju menubuhkan sistem pemantauan dan pengesahan, termasuk tindakan terhadap pelanggaran perjanjian.
- Rundingan tercetus susulan letupan di Kabul pada 9 Oktober yang mencetuskan pertempuran, mengorbankan sekurang-kurangnya 50 orang awam dan mencederakan lebih 400 lagi.