awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pakistan bergelap akibat gangguan bekalan elektrik

Bernama
Bernama
23/01/2023
07:36 MYT
Pakistan bergelap akibat gangguan bekalan elektrik
Seorang lelaki di Karachi menghidupkan mesin generator untuk kegunaan kedainya, ketika gangguan bekalan tenaga elektrik berlaku di seluruh negara. - Reuters
ISLAMABAD: Pakistan dilanda kegelapan pada pagi Isnin selepas sistem penghantaran bekalan elektrik mengalami kerosakan menyebabkan gangguan berlaku di seluruh negara.
"Gangguan bekalan di negara ini disebabkan penurunan mendadak dalam frekuensi sistem penghantaran kuasa yang mengakibatkan kerosakan besar," menurut akaun Twitter Kementerian Tenaga pada Isnin.
Kerja-kerja penyelenggaraan sistem sedang giat dijalankan, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).
Menteri Tenaga Khurram Dastagir memberitahu media tempatan kerja-kerja baik pulih mungkin mengambil masa sekurang-kurangnya 12 jam.
Power breakdown in #Pakistan, Orange train service stopped, Trains halted at places in Beach track, Passengers were trapped inside the train.#poweroutage #PakistanEconomy #Pakistani #Blackout #Lahore pic.twitter.com/TX0CvYrmgU
— Chaudhary Parvez (@ChaudharyParvez) January 23, 2023
Tanda pagar #poweroutage menjadi trend di media sosial dengan beberapa pihak menganggap kerajaan campuran yang diketuai oleh Perdana Menteri Shehbaz Sharif bertanggungjawab atas gangguan itu.
Gangguan bekalan elektrik itu antara yang paling teruk pernah dialami Pakistan kerana menjejaskan hampir kesemua bandar utama di seluruh negara termasuk Islamabad.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pakistan
#gangguan bekalan elektrik
#kerosakan bekalan elektrik
#Shehbaz Sharif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan