DUNIA
Pakistan berharap tingkatkan status rakan dialog ASEAN - Duta
Syed Ahsan berkata Pakistan telah lama menghargai kerjasama dengan blok serantau itu dan berhasrat memperluaskan lagi kerjasama sedia ada. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pakistan memperbaharui usaha untuk menjadi rakan dialog penuh ASEAN, apabila Duta Besarnya, Syed Ahsan Raza Shah mengulangi komitmen Islamabad untuk memperkukuh kerjasama serantau dan penglibatan dengan blok itu.
Syed Ahsan berkata Pakistan, yang merupakan rakan dialog sektoral pertama ASEAN sejak 1993, telah lama menghargai kerjasama dengan blok serantau itu dan berhasrat memperluaskan lagi kerjasama sedia ada.
"Perkara ini telah dibincangkan antara Perdana Menteri Pakistan dan Perdana Menteri Malaysia. Sebaik sahaja moratorium (penerimaan rakan dialog baharu) ditamatkan, kami berharap dapat diberikan status rakan dialog penuh," katanya pada taklimat media di sini, Jumaat.
Beliau berkata bahawa Pakistan melihat ASEAN sebagai platform penting untuk mempromosikan keamanan dan kestabilan serantau, memupuk kerjasama ekonomi dan memperkukuh pembangunan bersama.
Pada Oktober tahun lalu, laporan media memetik kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Malaysia memberikan sokongan penuh terhadap usaha Pakistan menjadi rakan dialog penuh ASEAN.
-- BERNAMA