Pakistan mula berkabung selama tiga hari pada hari Rabu untuk 132 kanak-kanak dan sembilan pekerja yang terbunuh akibat diserang Taliban, yang dianggap antara serangan keganasan paling maut di negara itu.
Sejumlah 141 orang terbunuh apabila pemberontak menyerbu sebuah sekolah yang dikendalikan oleh tentera di bahagian barat laut Bandar Peshawar pada hari Selasa yang mana mereka menembak secara sistematik dari bilik ke bilik, menembak kanak-kanak dalam serangan maut yang berlangsung selama lapan jam.
Dalam serangan tersebut, Tehreek-e-Taliban Pakistan (TTP) berkata serangan itu bertujuan untuk membalas dendam kepada serangan ketenteraan yang terbesar di rantau tersebut, mencetuskan kecaman di seluruh dunia dan menyebabkan kerajaan Pakistan dan tentera negara menyatakan kesungguhan mereka dalam mengalahkan kumpulan yang telah membunuh beribu-ribu orang sejak ia memulakan pemberontakan pada tahun 2007.
Seorang remaja yang terselamat Shahrukh Khan, menyorok di bawah meja belajar bersama dengan rakannya ketika empat penembak meluru masuk ke arah biliknya, menceritakan bagaimana dia terpaksa berpura-pura mati selepas ditembak di kedua-dua belah kakinya, menyumbat masuk tali leher ke dalam mulutnya untuk menghalang daripada bunyi jeritan didengari pihak musuh.
“Saya ternampak sepasang kasut but yang besar berjalan ke arah saya, lelaki ini mungkin sedang memburu pelajar yang menyorok di sebalik bangku-bangku kerusi,” kata remaja berusia 16 tahun itu kepada AFP di wad trauma Hospital Lady Reading.
“Lelaki yang berbut besar sentiasa mencari pelajar-pelajar dan melepaskan tembakan peluru ke dalam badan mereka. Saya berbaring tanpa bergerak selama yang saya boleh dan juga menutup mata, sambil menunggu untuk di tembak lagi,” kata Khan.
"Badan saya menggigil. Saya melihat kematian di depan mata dan saya takkan lupakan kasut berbut hitam yang berjalan ke arah saya – saya rasa kematian itu sendiri sedang menghampiri saya.”
Perdana Menteri Pakistan Nawaz Sharif mengumumkan tiga hari perkabungan negara dan menganggap serangan tersebut sebagai satu “tragedi negara yang dilakukan oleh orang yang tidak bertamadun”.
“Mereka semua adalah anak-anak saya. Ini adalah satu kehilangan yang besar bagi saya. Ini adalah satu kehilangan yang besar untuk negara,” kata Sharif, yang dijangka membuat satu mesyuarat yang melibatkan semua parti-parti di Peshawar.
Pemenang anugerah Nobel keamana Malala Yousafzai, yang di tembak oleh Taliban pada 2012, berkata beliau “berpatah hati” oleh pembunuhan yang “tidak masuk akal dan tidak berhati perut”. Presiden Amerika Syarikat Barack Obama mengecam serangan tersebut sebagai “keji” dan berkata Amerika akan menyokong Pakistan dalam perjuangannya menentang keganasan.
Pemimpin-pemimpin Eropah turut sama dalam kecaman tersebut, dengan Perdana Menteri Australia menawarkan simpati terhadap Pakistan, memandangkan kerajaannya baru sahaja berdepan dengan krisis pengepungan sebuah kafe di Sydney oleh seorang lelaki Islamis yang bersenjata.
Narendra Modi, Perdana Menteri kepada jiran tetangga Pakistan dan musuh ketatnya India, berkata beliau telah menelefon Sharif untuk menawarkan simpati.
“Sudah maklum pada PM Sharif kami bersedia memberi segala bentuk bantuan dalam waktu yang sedih ini,” kata Modi di Twitter.
‘Tembakan rambang’
Jurucakap ketua tentera Jeneral Asim Bajwa berkata seramai 125 orang cedera parah dalam serangan terbabit. Kadar kematian telah melepasi jumlah 139 kematian yang dicatatkan ketika serangan terhadap bekas perdana menteri Benazir Bhutto di Karachi pada tahun 2007.
Seramai 500 pelajar berada di sekolah ketika serangan bermula, dan Bajwa berkata pengganas-pengganas terbabit dilengkapi dengan peluru dan makanan yang “hanya boleh bertahan untuk beberapa hari", hanya mempunyai niat untuk membunuh.
“Pengganas-pengganas tersebut mula menembak secara rambang apabila mereka masuk melalui auditorium jadi mereka langsung tiada niat untuk mengambil tebusan,” kata beliau kepada pemberita.
Seorang pegawai sekuriti senior melaporkan kepada AFP bahawa pihak berkuasa sedang menyiasat kerakyatan pengganas-pengganas terbabit kerana ada sebahagiannya bertutur dalam bahasa Arab.
Upacara pengkebumian kebanyakan mangsa-mangsa bunuh akan dijalankan pada petang Selasa, dengan selebihnya pada hari Rabu.
Hospital Lady Reading telah dibanjiri dengan ibu bapa yang menangis dengan kehibaan di saat mayat anak-anak mereka tiba dalam berpakaian baju sekolah yang masih berlumuran dengan darah.
Irshadah Bibi, 40, mempunyai seorang anak lelaki berusia 12 tahun yang juga antara yang terkorban, memukul-mukul mukanya dalam kesedihan, malah melempar dirinya sendiri ke arah sebuah ambulan.
"Oh Tuhan, mengapa kamu mengambil nyawa anakku? Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh anakku dan semua anak-anak ini?" dia berkata dengan penuh hiba.
“Mangsa serangan”
Sekolah di Jalan Warsak, Peshawar merupakan sebahagian dari Sistem Sekolah Awam Tentera dan Kolej, yang mana ia dikendalikan di seluruh negara. Usia pelajar-pelajar adalah antara 10 hingga 18 tahun.
Serangan pada hari Selasa itu adalah mengejutkan bagi sebuah negara seperti Pakistan, negara yang telah merana dengan beribu-ribu kematian akibat serangan bom dan bersenjata semenjak TTP meningkat naik pada tahun 2007.
Jurucakap TTP Muhammad Khorasani berkata serangan pada hari Selasa itu dilakukan untuk membalas dendam terhadap pejuang Taliban dan ahli-ahli keluarga mereka yang terkorban ketika serangan tentera dilakukan ke atas kubu kuat militan di Waziristan Utara.
“Kita melakukannya kerana kita mahu mereka merasa keperitan yang dahsyat apabila kehilangan orang yang disayangi,” kata beliau.
“Kita mengambil langkah ini supaya keluarga mereka berkabung seperti kita.”
Pasukan tentera menganggap serangan tersebut sebagai satu kejayaan besar dalam menghalang kebangkitan TTP.
Lebih 1,600 militan telah terbunuh sejak operasi Zarb-e-Azb dilancarkan pada bulan Jun, mengikut data yang dikumpulkan oleh AFP yang diperolehi daripada kenyataan badan ketenteraan.
“Militan-militan terbabit sedar mereka tidak akan berjaya menyerang bahagian utama badan ketenteraan, kerana mereka tidak mempunyai kapasiti yang mencukupi. Disebabkan itu mereka bertindak menyerang mangsa-mangsa yang tidak bersalah,” kata Talat Masood, seorang pesara jeneral dan penganalisis sekuriti, kepada AFP.
AFP
Wed Dec 17 2014
Penyokong Muttahida Quami Movement (MQM) menyalakan lilin untuk mendoakan mangsa-mangsa terbunuh dalam serangan ke atas sebuah sekolah di Karachi. - Foto EPA/SHAHZAIB AKBER
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Banjir: Malaysia terima bantuan kemanusiaan daripada Pakistan
Pesawat kargo khas dari Pakistan yang membawa sumbangan banjir peringkat pertama untuk rakyat Malaysia, selamat mendarat di Terminal MASKargo kira-kira 4.30 petang tadi.
Pakistan zahir hasrat hantar sumbangan banjir kepada Malaysia - PM
Menerusi perbualan telefon mereka petang Sabtu, Shehbaz turut menyatakan simpati kepada Malaysia susulan musibah tersebut.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pakistan dan Belarus meterai 15 perjanjian, desak henti serangan di Gaza, Lubnan, Syria
Isu Ukraine dan Palestin turut menjadi tumpuan dalam perbincangan antara Pakistan dan Belarus.
Penyokong Imran Khan tiba di Islamabad walaupun berlaku kematian dan pertempuran
Pertempuran penyokong Imran Khan dengan polis dan renjer separa tentera meragut beberapa nyawa memaksa kerajaan meminta bantuan tentera.
Mahkamah benarkan Imran Khan diikat jamin dalam kes rasuah, keluarkan perintah pembebasannya
Sebuah mahkamah tinggi Pakistan pada Rabu membenarkan bekas Perdana Menteri Imran Khan yang sedang dipenjarakan atas tuduhan rasuah diikat jamin dan mengeluarkan perintah pembebasannya.
Pakistan, India isytihar darurat kesihatan akibat jerebu
Hospital dalam keadaan berjaga-jaga, waktu operasi klinik dilanjutkan beberapa jam dan petugas perubatan diarahkan melakukan syif tambahan.
GPM Malaysia kecam serangan bom di Pakistan, mahu tindakan segera diambil
Global Peace Mission (GPM) Malaysia kecam insiden pengeboman ngeri di Stesen Kereta Api Quetta di Balochistan, Pakistan.
Letupan di stesen kereta api: Malaysia teguh bersama perjuangan Pakistan tangani keganasan - Anwar
Bagi pihak Malaysia, Anwar mengucapkan takziah kepada rakyat Pakistan yang berkabung atas kehilangan yang disifatkannya tidak masuk akal dan menyedihkan.
Letupan di stesen kereta api Pakistan ragut 20 nyawa, lebih 30 cedera
Letupan di wilayah Balochistan itu turut menyebabkan lebih 30 orang cedera dan angka korban dijangka meningkat.