awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TASK raih kutipan hampir RM4 juta tahun 2026
Meta, TikTok dan Google perkukuh ciri keselamatan digital remaja
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman dibuka mulai hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pakistan bertindak balas dengan menyerang tempat persembunyian kumpulan pengganas di Iran

Bernama
Bernama
18/01/2024
10:38 MYT
Pakistan bertindak balas dengan menyerang tempat persembunyian kumpulan pengganas di Iran
Warga Pakistan di Islamabad membaca laporan muka hadapan akhbar pagi tempatan tentang serangan Iran. - AP
NEW DELHI: Tentera Pakistan pada Khamis melancarkan serangan terhadap tempat persembunyian kumpulan pengganas di wilayah Sistan-Baluchestan di Iran pula.
Kementerian Luar Pakistan berkata operasi berasaskan maklumat perisikan dengan nama kod "Marg Bar Sarmachar", membunuh beberapa orang pengganas.
Menurut kementerian satu siri serangan tentera yang diselaras dan disasarkan secara teliti telah dilakukan terhadap sasaran berkenaan.
Tindakan itu dibuat beberapa jam selepas menteri luar Pakistan memberitahu rakan sejawatannya dari Iran pada Rabu bahawa Islamabad berhak untuk bertindak balas terhadap serangan Iran ke atas pangkalan kumpulan bersenjata di wilayah Balochistan, Pakistan pada Selasa.
"Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dalam hubungan kami dengan Iran, Pakistan secara konsisten berkongsi kebimbangan seriusnya mengenai tempat persembunyian selamat yang dinikmati oleh pengganas berketurunan Pakistan yang menggelarkan diri mereka Sarmachar di kawasan yang tidak ditadbir di Iran.
Pakistan juga berkongsi beberapa dokumen dengan bukti konkrit kehadiran dan aktiviti pengganas ini," menurut kenyataan Kementerian Luar Pakistan pada pagi Khamis.
Menurut Kementerian Luar tindakan itu juga manifestasi keazaman Pakistan untuk melindungi dan mempertahankan keselamatan negara daripada sebarang ancaman.
"Kejayaan operasi yang sangat rumit ini juga merupakan bukti profesionalisme Angkatan Bersenjata Pakistan," menurut kenyataan itu.
Pakistan pada Rabu mengemukakan bantahan keras terhadap tindakan Iran yang disifatkannya sebagai pencabulan kedaulatan yang serius dan pelanggaran undang-undang antarabangsa dan semangat hubungan dua hala.
Ini berikutan serangan peluru berpandu dan dron Iran ke atas dua pangkalan "Jaish Al Adl", sebuah kumpulan bersenjata Iran di Pakistan.
Jurucakap Kementerian Luar Pakistan, Mumtaz Zahra Baloch pada Rabu berkata Pakistan telah memanggil pulang dutanya dari Iran sebagai protes dan memberitahu duta Iran ke Pakistan yang pulang bercuti di negara asalnya supaya tidak kembali ke Islamabad "buat masa ini".
Iran dan Pakistan dalam kenyataan rasmi mereka menegaskan kedua-dua negara itu menghormati kedaulatan dan integriti wilayah masing-masing.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pakistan
#serangan balas
#pengganas
#Iran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan